16 December, 2011

Kenapa doktor-doktor ini kejam sangat ???

Assalamualaikum :)

Bear tu untuk abang aku,semoga cepat sembuh yer. :D hehe

Hari nie nak sambung citer pasal abang aku yang accident tu. Baru aku tahu sapa yang langgar sapa. Rupanya abang aku yang langgar kereta tu. Dia ngantuk pagi tu. Abis abah membebel-bebel kat die. Tu la tidur lewat lagi. Ish2.. Nasib motor tak teruk sangat. Orang kata kalau motor tak teruk,orang yer yang teruk. Kalau motor teruk,orang yer pulak yang tak teruk. Tak kisah la semua tu, yang penting yer abang aku selamat. Kan.? hehe

Semalam abang aku dah pun boleh balik rumah,,sebabnya abang aku tak operation,just bubuh simen jer. Abah tak nak,abah nak guna rawatan secare tradisional. Doktor kat situ pun kate suka hati kite nak bawak keluar ke tak, nak bawak kat swasta pun boleh. Yang aku pelik yer abang aku baru dua hari duduk kat hospital,doktor kat situ nak keputusan cepat-cepat. Katanya ramai lagi pesakit yang perlukan katil. Abis abang aku die nak campakkan camtu jer...Eeee...geramnya !



 Doktor kata die dah tapis family pesakit mana yang mampu tuk rawat kat swasta.. Kate jelah yang doktor tu nak abang aku kua cepat-cepat. Teruk punyer doktor. Pastu nak keputusan cepat, tak reti sabar ke ??? Tunggu la mak and abah decide dulu. Then,abah pun decide nak bawak keluar abang aku..dah siap simen semua,abang aku pun keluar. Abang aku kata die cuma dapat MC 6 hari jer. Wahhh !! 6 hari jer ???!! Ape kejam sangat doktor tu. ? Ingat kaki abang aku boleh baik serta merta ke lepas keluar. ? 


Alasan doktor tu adalah sebab kiteorang dah langgar procedure-procedure hospital. Procedure yang kiteorang langgar ialah kiteorang tak nak dengar cakap doktor, tak nak operation and suke hati bawak abang aku keluar.


What ??? Bukan ke doktor tu yang nak sangat abang aku keluar ke..? Kate ramai sangat pesakit konon..:P  Wekkkkk..Geli aku mendengar yer..Bukan abah tak nak bawak kat swasta,abah kate dah alang-alang ade kat hospital nie,teruskan jela. Camni pulak yang jadi..Serius aku tak suke hospital kerajaan !! Hospital kerajaan jangan ingat kamu murah,kamu boleh senang-senang bagi layanan yang buruk tahu. Tak belajar adab ke ?? Kerja kerana Allah,tak kire la kerja kerajaan ke swasta ke. gaji sikit ke besar ke. Tu pun nak kena ajar ke ?? Termasuk la nurse-nurse kat situ, pak guard sekali. Tak mesra langsung !! -.- Aku rase macam nak lempang sorang-sorang yang kerja kat dalam hospital tu.Huhh..


Ade sorang doktor nie tanya aku.


Doktor : Your father kerja apa ?
Me : Tak kerja pun. pencen dah.
Doktor : Abis macam mane ayah u dapat duit ?
Me : Time kerja simpan la duit. Nanti ade la duit yer
Abah saya kata, jage solat, jage amal..tak perlu risau pasal duit. Allah tolong ye nanti. Buat kerja ikhlas, baru Allah berkati kerja kita tu.
Doktor : :)
Me :  senyum jugak ( tapi dalam hati nak jer bagi penumbuk kat doktor tu,sepak terajang sekali )


Sekarang nie aku anti-hospital kerajaan. Lebih baik pergi kat swasta. Tak apa kalau mahal pun, janji kite puas hati,senang hati. Bukan nak puji ke ape, tapi nie kenyataan hospital swasta jauh lebih bagus dari kerajaan. Layanan diorang tip top. Sebelum nie pun abang aku gastrik, pergi kat Selangor Medical Centre. Wahhh...suka tul aku kat sane, nurse kat sana peramah,senyummm jer...comel pulak tu.hehe. Doktor pun same..:D


Ok,itu jer nak citer..Nak lepaskan perasaan geram dihati nie. :)
Bye-bye :)





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

No comments :

Post a Comment