2 more days. Oh Ramadan. Its been a year. I miss spending time with you. May Allah unite us again. Ameen.
Dapat massage dari junior kat UIA. Tak sangka ingat lagi dia kat aku. hihi.
So,aku nak share la isi mesej tuh..
Persiapkan diri menghadapi Ramadhan, zikir dan tasbih diperkukuhkan. amal malam diperkuatkan, zikir dan munajat diperkemaskan menjadikan diri wadah ibadah suci.
Doa Jibril menjelang Ramadhan yang mafhumnya. " Ya Allah, kau abaikanlah puasa umat Muhammad s.a.w yang apabila sebelum memasuki Ramadhan tidak melakukan perkara berikut, meminta ampun kepada ibubapa, bermaafan sesama suami isteri dan bermaafan dengan orang sekitarnya."
Lantas Nabi Muhammad s.a.w mengaminkannya sebanyak 3x...
MasyaAllah..
Itulah mesej yer. Baca dan amal,ok ? :D
Saya ingin memohon kemaafan atas segala khilaf dan keterlanjuran.
Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan anugerah Ramadhan.
Rasullulah s.a.w pernah bersabda, " Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahan adalah keampunan ( maghfirah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka ".
Moga-moga dapat bertemu dengan lailatul qadar di bulan Ramadhan ini dan yang akan datang..
InsyaAllah. :)
Selamat Menjalani Ibadah Puasa yer.
Bye-bye ! :D
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^
Sometimes a picture speaks louder than a thousand words,right ?? :D Syukur,Alhamdulillah. :)
2 tahun foundation dekat UIA, PJ. Pasni sambung kat Kuantan. UIA Kuantan untuk course berkaitan kesihatan jer, kalau UIA Gombak pulak course selain dari couse kesihatan la. Kang ade pulak yang confius, pastu buat muka pelik bila aku cakap sambung kat UIA Kuantan. Ditanyer pulak ' Ade ek uia kat Kuantan ' -.-
Aku lebih bersemangat nak study,nak habis degree cepat-cepat. Lepas nie sambung kat UIA Kuantan pulah dehh. Kuantan pun Kuantan lah,janji dapat study.
Sedih sangat sebab lepas nie mesti susah nak jumpa mek dua orang tu, Syikin dengan Liya. Diorang kat UIA Gombak, amek engineering. Seriuss sedih !. Bukan aku tak ade kawan lain,tapi aku dah biase dengan diorang.Kawan sekepala. Takpe still boleh jumpa lagi. hehe. Nanti kite datang Gombak ok..??
Suka sangat ! Minggu nie banyak benda yang menggembirakan. Ape pun let's take a moment to say Alhamdulillah for everything we have. :)
Ya Allah, permudahkanlah urusan aku sepanjang study kat sana. KAU permudahkan lah. KAU yang mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Ameennnn.:)
Manusia dunia,
doakan aku supaya tabah menerima satu lagi kehidupan yang mencabar,degree life. :)
tabah menerima segala ujian Allah.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^
Actually nak update kisah ni semalam, sebab feel happy tu ada lagi kan.hihi. Idea pun cepat jer keluar. Tapi disebabkan badan tak larat, mata pun dah tak boleh nak bukak besar-besar,maka aku memilih untuk tido dan mengupdate harini.
Haaaaa !! Gangguan mental dan jiwa telah datang menyerang dari semua arah. *dush dush.
Gangguan nie menyebabkan aku mengambil masa yang agak lama untuk memikirkan apa kebende aku nak tulis nie. Namun gangguan itu dapat ditepis. HAHA ! * dush balik. Padan muka. Gua menang wey !
Ok..ok.cukup,apa benda ntah aku merepek. Ni ni aku nak cerita kisah benar.Hanya benar-benar belaka. Kisah gembira. Aku lulus wey ! LULUS ! . Tibe-tibe ada suara halus bercakap.* ehh -.- ' Lulus apa yer ??'. Haishh,penat aku bold words tu. Apa lahhhh. Aku lulus test JPJ wey semalam. Terkejut tak ?? OMG ! OMG ! Aku sungguh tak percaya. Tapi itu la kenyataan. Huwaaa
Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Nasib baik tak kena repeat. Nasib baik tak mati engine. Fuhhh.. Terima kasih Ya Allah sebab permudahkan perjalanan aku. Aku macam tak percaya jer aku lulus terus. Sekali jer wey ! Terima kasih kak ila ( cikgu aku) sebab ajar sampai boleh pass. :D. Terima kasih abah, bersemangat penuh keimanan abah ajar aku. Har har .Hari -hari aku kena dengar ceramah.hehe. Biase lah tu. Nak pandai kena buat. !
Aku paling takut part bukit tuh,takut mati engin. Syukur sangat aku boleh buat semalam.
Mula-mula kena buat test dalam litar dulu. Pastu baru buat test on the road.
Aku rasa sangat berguna diri ni bila pandai memandu sendiri. Tak payah nak susahkan orang kan. In fact, boleh tolong orang lagi. Sekarang aku teruja nak ada kereta pulak. Bila laaaa~~
Ni no giliran aku.SESI 1. Sekolah memandu aku Gombak,belakang pasar besar Gombak. Bagi sapa yang tahu lah,kalau tak tahu,buat2 tahu jer. :D D
Kat situ la JPJ on the road akan bermula.
Jeng jeng jeng...Aku lulus wey ! Ni markah on the road test.Aku dapar 18 jew. Tak hebat mana pun.hehe
Dan, nie pula markah test dalam litar. Bukit,parking,3 penjuru. :D
And hasilnya...aku dapat lah lesen P. Sebulan lebih untuk dapatkan P nie. Maybe sabtu or isnin depan cikgu aku hantar sticker P dengan lesen sekali.Wuuuu,bestnyaaaaaaa. *jom joget. Ohhhh, lesen P, please come to mama. ;'). haha. Macam orang tak betul la pulak.
Berakhirlah kisah gembira. Aku harap sangat dapat course yang aku mohon tu. Takut tunggu offer letter. -,-
Ok,bubye ! :D
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^
Masalah. Bukan kehidupan la namanya kalau tak ada masalah.
Tapi disini bukan masalah aku mahu ceritakan.
HOSPITAL.
Yaaaa ! Aku mahu cerita pasal hospital. Dan aku merasakan pabila orang sakit masuk ke hospital ni,mesti cepat sembuh lahh. Ceeewaaaahhh,jangan percaya semua itu, ok. Bukan hospital yang bagi sembuh, tapi Allah. :)
Maybe kalau aku sakit pun,aku nak masuk hospital nie, tinggal lama-lama punn boleyyy. Macam la hospital nie dekat.wiuwiu ~~
Jom scroll bawah.
SCROLL DOWN
LAGI !
LAAAAGGIII LAHHH !
CAKKKKK ! HAHA.
Aku rasa hospital nie hospital bersalin jer..sebab yer tunjuk gambar baby jer,tak ade pulak hospital ni tunjuk orang patah kaki,patah tengkuk,dan sewaktu dengan ye la.
The Hello Kitty maternity hospital in Taiwan !! Kawaiii !
Cuteee kan ?? >.<! Kenapa Malaysia tak ada hospital macam nie ? Why ?
Heaven yer kalau ada hospital nie,orang tak sakit pun nak masuk hospital. hee.
Ok,selamat malam ! Bye-bye. :D
Assalamualaikum.
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^
Just nak share something kat korang. :) Thanks pakcik google untuk info yer.
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaabanadalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah . Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad S.A.W menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:“Nabi S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
Akhir kata,Salam Nisfu Syaaban. Mohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kalau ada terucap kata yang mengguris hati. Assalamualaikum. :)
Bye-bye !
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^
Sejak dua menjak,tiga menjak aku tersangat lah malas nak update blog. Kalau dulu on jer laptop,walaupun aku tak update, at least aku jenguk blog nie. Tapiii...sekarang nie jangan kata nak update,nak jenguk pun tak. Haram.
Dan ini cerita duka dan pergorbanan.Ini serius. Jangan gelak-gelak.
Aku cuba nak buat something special untuk dia. Walaupun kami jauh. Tapi kadang-kadang,kita ni manusia hanya mampu merancang,segala yer Allah yang tentukan.
Kat mana aku nak mula kan citer ek..hmmm..tibe-tibe,buntu. -.-
Ok,lepas aku pikir-pikir,aku dah decide nak buat apa untuk dia.
Serius ! Aku tak pandai pun buat,just nak try,suka-suka
Time dia sibuk dengan game volleyball dia, aku pun sibuk buat projek aku nie. So tak ade lah rasa macam bosan sangat..
2 or 3 hari jugak aku buat benda nie. Then aku pikir.." nak kasi dia tengok video aku ni camne " nak hantar kat rumah..macam susah jer,kena pos lagi. * tu pasal saya mintak alamat umah awk. hihi .
Nak post kat Twitter tapi kat twitter tak boleh post video melainkan video tu dari Youtube.
Facebook ?? Ohh...public sangat la pulak..nanti aku yang segan.
Aku pun decide tak payah pikir lagi la.
Dah siap ayat-ayat untuk video aku. Siap bayang-bayang tangan aku pun nak masuk gak. -.-
Penat jugak aku pikir nak cerita pasal apa.
Then..video tu dah siap 28.6 .. Tinggal nak post esoknyer.
Aku nak post time dia online,so dia orang pertama tengok video aku nie. ! hehe.
Esoknya aku pun dah decide nak post kat FB jer. Bila die tanya aku tengah buat apa ? Aku cakap tengah online..dengan harapan dia pun tergerak hati nak online jugak.
Aku tak nak tibe-tibe suruh dia online..nanti dia perasan pulak. Takpe,aku tunggu sampai dia online. Dah petang tu..dia kata dia kat atas feri nak pergi Penang. Whatt ?? Aku fikir ' bila yer aku nak upload video nie' Kalau macam nie sampai esok pun aku tak upload video nie. Target aku mesti siapkan everything before pukul 12.
Lebih kurang pukul 7 malam tu,aku upload video tu..tapi tapi.. ;( aku tak sangka upload video tu amek masa yang sangat lama.Pukul 9 lebih tu baru 8 %. Bila nak habis kalau macam nie. Semua perasan ada time tu,geram,marah,sedih. Takpe aku tunggu lagi...
Airmata dah macam air keluar, lagi-lagi bila jam dah menunjukkan pukul 12. Tidakkkkk ! Aku tak hari nie berakhir macam tu jer. :( Ya Allah,aku tak boleh salahkan dia..dia tak taw rancangan aku.Sedih sangat. Bila aku tengok upload guna FB tu sangat la tak boleh dipakai. Dah banyak kali aku cuba tapi takde perubahan pun. Aku cuba cara lain untuk upload kat FB. Tu pun makan masa jugak. Lebih kurang pukul 2 lebih tu,siap upload...
Penderitaan aku tak berakhir macam tu jer....siap upload tapi video yer kabur. :(
Aku tak dapat bayangkan keadaan aku time tu, dah macam orang meroyan dah. Aku perlukan someone untuk hilangkan sikit rasa sedih nie. Aku mesej dia,ganggu tidur dia dari penat berjalan. Apa yang aku dapat ?? Tu la neesa,ganggu lagi,kan dah sedih.
Bertungkus lums aku siap kan video tu. :( Cabinet baju jadi mangsa.
Aku tetap tak puas hati bila video tu kabur. Nasib baik dia tak online lagi,kalau tak malu jer..-.-
Aku cuba cara lain..tingga satu jer cara...caranya aku upload video tu kat Youtube. then share kan kat FB. Tapi masalah yer nak upload kat Youtube tu...Ya Allah..sama jer lambat yer..dengan masalah account youtube lagi. Leceh gila. Tak pasal-pasal sekarang aku ada Youtube channel sendiri. -.-. Takpe la..demi dia,aku tunggu video siap upload. Lebih kurang pukul 5 baru la siap.
Setengah jam jer tido malam tu..sedih yer. Amat menyedihkan bagi orang yang kuat tido dan yang tak biase tido lewat macam aku. Pukul 7 lebih bertarikh 30.6, video saya buat khas untuk awak siap diupload. Ya,memang sedih.
Dan sedih tu mana boleh serta merta hilang macam tu kan. Ia perlu masa.
Untuk awak,satu jer saya nak tanya..bukan saya nak cari gaduh ke ape,just nak tahu.
Kenapa awak boleh terfikir untuk keluar jalan-jalan dengan kawan awak padahal awak tahu hari tu adalah anniversary kite ? Awak tahu kan saya nak skype dengan awak pada hari anniversary kita ? Sebelum nie saya ada cakap bagitahu awak kan ? Sampai hati awak......
Okeh ! Tak mau sedih-sedih dah, aku taknak benda nie jadi lagi pada anniversary akan datang. Tak nak ! Kalau boleh nak lagi better dari ni. Cukup la suprise-suprise nie. Aku akan ingat semua nie. Kenapa yer benda sedih kita akan ingat sampai bila-bila,tapi perkara yang mengembirakan kadang-kadang kite terlupa. ?? Ok,jawab dalam hati taw. :)
Ni video yer. Ok,bye-bye ! :D
Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^