Assalamualaikum.
Bertambah buku fixi aku. :D
Semestinya beli guna baucer buku. Habis 250 dalam satu hari. Betapa lahapnya aku. kahkah.
Cinta aku pada karya fixi baru berputik 2 tahun lepas. Ya, lupa pula aku untuk mencatat tarikhnya. LOL !
Tak sama dengan novel novel cinta yang ada. Ini lain.
Tatkala baca, aku seperti dibawa ke dunia lain, seperti aku yang memegang watak penting dalam cerita itu.
Pelbagai genre ada. Noir, thriller, cinta 4 segi, cyber punk dan sewaktu dengannya.
"orang tak tahu apa yang kita faham,
orang tak tahu apa yang kita mahu,
orang tak tahu apa yang kita ada,
orang tak tahu apa yang kita fikirkan."
Itu sudah cukup menggambarkan karya imaginasi ini. Bagi aku la.
Syarat-syarat untuk menulis novel fixi :
- sekitar 60,000 perkataan
- tema : urban & komtemporari
bahasa slanga & celupar digalakkan tapi tidak dimestikan
- fikir 'pulp '
- judul harus satu perkataan sahaja
email ke info@fixi.com.my ( Amir Muhammad)
Sesungguhnya, aku tak layak lagi untuk menjadi penulis novel fixi. :(
Sasaran buku fixi seterusnya : Devil's Place ( fixi novo).


+1.jpg)



