23 January, 2013

Manusia. lain itonasi. lain metaforanya.

Assalamualaikum. :)

Sudah lama aku mahu ceritakan. tapi aku simpan. Flashback.......  Aktiviti akhir class aku. Bukan tentang jamuan, bukan tentang makanan. Tapi tentang buku first impression.
So classmates, aku ucap terima kasih untuk momen momen gelak kita bersama. :)

Setiap orang ada bukunya. Dan ini adalah buku aku.

  
Buat selawa, secomel yang boleh. Orang lain nak buat macam mana. Biarkan.
Ini memory aku. Kalau hilang tak boleh diganti balik. Bukan macam memory card yang boleh dibeli di kedai muthusamy.
Aku sangat terharu dengan ni. Terima kasih classmate. Sapa ntah yang tulis ni.
Jarang sekali orang puji kepunctualan aku. :D 



Well,nama pun buku first impression. Jadi setiap orang kena tulis first impression diorang dalam buku orang tersebut. Dan tak perlu letak nama kita bila tulis tu. Ada faham. ? Tak faham, buat buat faham. Tapi ada sahaja yang tak tulis pasal first impression. sebaliknya tulis pasal keseluruhan diri orang itu. Takpe, itu bukan masalah besar. :)

Pabila dah tahu first impression orang terhadap diri sendiri. Be open minded. Kawan nasihat, kawan tegur, kita telan. Jangan melenting. Melenting dalam hati takpe, tapi sekejap je. OK !

Bila cuti panjang. Memang bosan tinggal dalam rumah tanpa buat apa apa. Aku nekad dari dulu. Bila saja cuti panjang. Hafal satu doa, satu surah, satu zikir. Satu cukup. Tak payah bongkak, takbur segala macam. Kalau dua tiga belum tentu dapat amalkan. Ini semua bukan untuk mak abah. Bukan untuk kawan. Tapi untuk kebaikan diri sendiri.

Aku masuk cerita lain sudah. Ahh..sapa peduli..

Sedar diri. Umur makin hari bukan makin muda. Tingkatkan iman. Amalan pun kena tingkatkan. Takkan nak kekal macam amalan kita sewaktu zaman prasejarah dulu. 
Macam Abah cakap. Dunia nak, akhirat pun kita nak. Tak cool la berjaya kat dunia saja. Akhirat pun kena berjaya. Itu baru betul super duper Muslim. 

Nak jadi doctor, jadilah doctor yang beriman. Nak jadi dietition, jadilah dietition yang beriman. Nak jadi engineer, jadilah engineer yang beriman. Nak jadi tukang sapu, jadilah tukang sapu yang beriman. Baru seimbang dunia dan akhirat. 

Dari tadi intro takde kaitan dengan tajuk. Mukadimah mestilah takde kaitan baru comel. So this is it.

ya tidak dinafikan nada dan intonasi aku kadang-kadang mengelirukan sehingga terjadinya salah faham dengan kawan-kawan. Aku bercakap nada biasa, disangka aku marah. Selalu difaham begitu.  Bila itonasi tidak tepat.Maka ramai yang menggelupur dan secara tidak langsung terjebak dalam aktiviti salah faham. Jadi, aku perlu berhati-hati dengan nada dan itonasi aku. Takde kena mengena dengan metafora. 

Terangnya matahari terlalu elok parasnya, gilang gemilang cahayanya, seperti biasa ia selalu dapat menewaskan gilangnya cahaya bilik aku. Saat ini, aku rindukan si hujan. Dan saat ini juga, aku ada janji temu dengan Tuhan Pencipta sekalian alam.

  bye ! :D

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

16 January, 2013

Hiking @ Bukit Panorama

Hye !! Assalamualaikum.. :D

PEJAM CELIK PEJAM CELIK. Dah cuti sem rupanya aku. Alhamdulillah, tamat sudah first semester. Sibuk dengan itu, sibuk dengan ini. Sibuk dengan assignment yang bertimbun (cewahhh,bertimbun la sangat. haha). Sibuk dengan classes. Sibuk dengan final exam, revision. and what more..hmmm, sibuk dengan segala macam benda lah. Ahh, kalut sungguh. Dengan rasminya semester 1 berakhir. yippy ! :D Rasa macam baru semalam aku jejakkan kaki kat UIA Kuantan ni.

Disebabkan aku terlampau la sibuk, sampai tak sempat nak update aktiviti-aktiviti yang aku sertai. Well, sibuk gua mengalahkan PM kott. kuikui.
Okeh, cukup. Meh sini aku nak cerita, tanggal 24/nov/2012. For the first time aku pergi hiking. FIRST TIME !! Its like wowwwwwwww ! to me laa.
Bagi korang tak tahu la.
Frankly speaking, aku rasa sangat bangga dengan diri sendiri,sebab dapat buat benda-benda macam tu. Walaupun bagi orang lain, benda tu simple jer. 

Korang layan gambar jela yer.hihi. 
Kiteorang bertolak dari UIA pukul 4.30 pagi. Kiteorang pergi satu bas je. Dengan harapan dapat solat subuh kat atas puncak. Last last tak dapat pun. Subuh masuk ,time tu kiteorang still dalam bas, so kiteorg solat subuh dekat surau area tempat tu. Ohhh, btw Bukit Panorama tu dekat Sg.Lembing. Macam mana nak cerita yer, Sg. Lembing kat dalam Pahang lah yang penting yer. haha. Rujuk map ok.

Lepas jer siap solat, cepat cepat pergi ke destinasi. hihi. Mula lah mendaki. :)





Sampai je kat puncak, ramai jer orang yang naik. terutamanya chinese la.



Penat mendaki. :D


Cantik kan pemandangan. :)









Jumpa bas old school. Antik wooo. Aku yang excited terlebih. hehe



Bila masuk je Sg. Lembing, aku terpesona sejekap. Tempat dia sangat sangat. Bersih. Macam perkanpungan terancang gitu. serius aku cakap ni. 
Kipas hello kitty berharga RM2. sobs sobs,sedih yer kipas tu dah hilang ntah kemana. 




Ok ! TERIMA KASIH ! :D

Itu saja lah ye. Nanti aku update pasal benda lain pulak. bye- bye ! :D
Assalamualaikum..





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^