31 December, 2011

Another steps to go

Assalamualaikum :)


Selamat petang, esok dah nak masuk tahun 2012. Ramai yang tak sabar, and ramai jugak yang sedih sebab dah nak masuk tahun baru. Kalau kat dalam FB tu ramai jer yang update status pasal 2012. Aku ??? Hmmm...nanti aku fikirkan..hehe.

Aku tak tahu perasaan aku bila nak new year nie,sedih punn ade,happy pun ade. Aku sedih sebab tahun depan aku 20 tahun. Arrggghhh..aku tak suka angka 2 kat depan. Sedih jugak sebab kawan-kawan aku yang buat foundation setahun setengah dah tak ade. Diorang akan masuk Gombak akhir bulan satu nie. Sedihnyer..:( Nak lepak bilik sapa pasni. :( Seriously aku sedih sangat. Happy pulak sebab tahun baru nie aku akan masuk main campus untuk buat degree..nak buat ape lagi kan.ekeke. :P Tapi apapun kita kena terima la. Tak nak undur umur pulak kan. Tak boleh lah camtu, Allah dah jadikan elok dah ikut kehendak dia. Suka tak suka,kena terima. 20 tahun pun 20 tahun lah, janji happy..Aku rase macam tua sangat jer.

For this coming 2012, I wish 2012 will be better than 2011. Much much better. Hopefully.
Kadang -kadang kita tak perlu tunggu new year baru nak pasang azam,nak berubah la..benda tu bila-bila masa pun boleh buat. Tapi dah jadi kebiasaan manusia zaman sekarang untuk buat azam setiap kali masuk new year.

Jangan time new year jer, kita pasang niat nak buat perubahan la,ape la..tapi akhirnye apa pun tak jadi.. Tak mau camtu ok. :)  Macam mana kite bersemangat time new year,macam jugak la kite kena bersemangat bile akhir tahun. Kalau dah buat azam tu, kena sentiasa berusaha ke arah itu. Jangan nanti dak pertenggahan tahun,kite lupa pulak pasal azam kite tu. Ok,ini nasihat untuk diri sendiri jugak.

Azam aku tahun 2011, aku nak dapai pointer 3.5 above,tapi tak tercapai lagi. Takpe kali ini aku tak akan duduk berdiam diri jer.. Haha,macam berdendam la pulak kan. But this coming 2012, I just hope I will be better person than before. :) Jadi hamba Allah yang taat, comfirm benda -benda dunia yang lain akan senang bagi kita. kan ?? InsyaAllah. :D Banyak lagi azam sebenarnya tapi ni salah satu la.hehe.

Tahun 2011,banyak kenangan yang indah. Terlalu banyak. Nak kata kenangan pahit tu,ade la jugak,tapi lebih banyak kenangan indah..hehehe ~~ Apa lagi nak cakap ek..hmmm..
Ok, I think thats all. :)

 Bye-bye :) Take care. :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

29 December, 2011

Vaseline Men, NEW !!

Assalamualaikum :)

Sejak akhir-akhir nie tak ade masa sangat nak update blog, aku pun tak tahu mane mase tu menghilang. Dia merajuk dengan aku kott...Haha. Before nie pergi Alor Star, Kedah. Time kat sana punyer la banyak idea nak tulis ape kat blog..tup tup..balik jer KL dah tak ade idea nak tulis ape. 

Kali nie punyer idea pun aku dapat time tunggu cite Tentang Dhia semalam. Korang tengok tak ?? Tengok lah,sedih sangat..Ok,aku bukan nak citer pasal Tentang Dhia...tapi aku nak citer pasal Vaseline Men..jap2,aku rase macam cara penulisan aku nie sangat membosankan. -.-'. Nak buat macam mane kan.. Terima jela. Back to the topic, Vaseline Men. Bukan orang perempuan jer yang nak jaga muka,lelaki pun boleh. Sekarang pun dah banyak produk untuk lelaki kan.

And kaum-kaum lelaki diluar sana, korang pun boleh cube satu produk nie, bagi sapa-sapa yang nak mencerahkan kulit muka. Haha..aku rase kelakar sangat kalau lelaki nak putih, kita selalu tengok perempuan jer kan. hehe...tak kisah la semua tu,janji apa yang nak tu dapat. tak gitu ??

Sedikit description tentang Vaseline Men Face Moisturiser :

Pancaran sinar matahari dapat menyebabkan noda hitam ( dark spot ) dan warna kulit tidak rata. 
Gunakan Vaseline Men Face Antispot Whitening Moisturiser- SPF15. Kandungan Vitamin B3, Antioxidant dan Sunscreen mampu menjaga wajah bebas minyak, mencerahkan kulit kusam dalam 2 minggu, dan menyamarkan noda hitam pada wajah. SPF 15 yang terkandung di dalamnya akan memberikan perlindungan 93% terhadap UVB.



Yang ni pulak untuk Oil Control. Lebih kurang sama macam yang kat atas tu,tapi nie untuk mengawal kulit daripada berminyak. Okeh !! Paham tak ??

Apa lagi,beli la satu..hehe..aku nie promote pulak. Tak salah kan kalau mencuba. 
Sementara tunggu nak skype dengan dia,siap satu post !! hehe..
Tu jela nak share dengan korang,bye-bye. Jangan lupa beli taw,pastu bagi taw aku macam mana resultnya. ^_^

Selamat Mencuba !! 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

26 December, 2011

A piece of note for him.

Assalamualaikum. :)


I LOVE YOU, means that I accept you for the person you are and that I do not wish to change you into someone else.
 It means that I WILL LOVE YOU and stand by you even through the worst of times.
It means loving you when you're in a bad mood or too tired to do the things I want to do.
It means loving you when you're down,not just when you're fun to be with.

I LOVE YOU, means that I know your deepest secrets and do not judge you for them, asking in return that you do not judge me for mine.
It means that I care enough to fight for what we have and that I love you enough not to let go. :)
It means that I'll not be okay when you are with someone else.
It means that I never stop thinking about you.
It means that I scared because I don't anyone to take my place.

Loving you means standing by you even you are ripping my heart piece by piece. :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

19 December, 2011

6 sebab perempuan untung mempunyai rahim.

Assalamualaikum :)


6 Sebab beruntungnya perempuan mempunyai rahim. :)

1. Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 
      7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang laki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. Lahir sahaja bayi,semua dosanya habis. Itulah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak ? Marilah kita pegang pada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala juga tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya tanpa disedari. Bila dia lihat suaminya terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk Syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk Syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. Manakala suami juga mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak, isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNya. :)

Beruntunglah menjadi seorang perempuan dan wanita. :)

Bye-bye. Selamat malam :)
Take care !! 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

16 December, 2011

Kenapa doktor-doktor ini kejam sangat ???

Assalamualaikum :)

Bear tu untuk abang aku,semoga cepat sembuh yer. :D hehe

Hari nie nak sambung citer pasal abang aku yang accident tu. Baru aku tahu sapa yang langgar sapa. Rupanya abang aku yang langgar kereta tu. Dia ngantuk pagi tu. Abis abah membebel-bebel kat die. Tu la tidur lewat lagi. Ish2.. Nasib motor tak teruk sangat. Orang kata kalau motor tak teruk,orang yer yang teruk. Kalau motor teruk,orang yer pulak yang tak teruk. Tak kisah la semua tu, yang penting yer abang aku selamat. Kan.? hehe

Semalam abang aku dah pun boleh balik rumah,,sebabnya abang aku tak operation,just bubuh simen jer. Abah tak nak,abah nak guna rawatan secare tradisional. Doktor kat situ pun kate suka hati kite nak bawak keluar ke tak, nak bawak kat swasta pun boleh. Yang aku pelik yer abang aku baru dua hari duduk kat hospital,doktor kat situ nak keputusan cepat-cepat. Katanya ramai lagi pesakit yang perlukan katil. Abis abang aku die nak campakkan camtu jer...Eeee...geramnya !



 Doktor kata die dah tapis family pesakit mana yang mampu tuk rawat kat swasta.. Kate jelah yang doktor tu nak abang aku kua cepat-cepat. Teruk punyer doktor. Pastu nak keputusan cepat, tak reti sabar ke ??? Tunggu la mak and abah decide dulu. Then,abah pun decide nak bawak keluar abang aku..dah siap simen semua,abang aku pun keluar. Abang aku kata die cuma dapat MC 6 hari jer. Wahhh !! 6 hari jer ???!! Ape kejam sangat doktor tu. ? Ingat kaki abang aku boleh baik serta merta ke lepas keluar. ? 


Alasan doktor tu adalah sebab kiteorang dah langgar procedure-procedure hospital. Procedure yang kiteorang langgar ialah kiteorang tak nak dengar cakap doktor, tak nak operation and suke hati bawak abang aku keluar.


What ??? Bukan ke doktor tu yang nak sangat abang aku keluar ke..? Kate ramai sangat pesakit konon..:P  Wekkkkk..Geli aku mendengar yer..Bukan abah tak nak bawak kat swasta,abah kate dah alang-alang ade kat hospital nie,teruskan jela. Camni pulak yang jadi..Serius aku tak suke hospital kerajaan !! Hospital kerajaan jangan ingat kamu murah,kamu boleh senang-senang bagi layanan yang buruk tahu. Tak belajar adab ke ?? Kerja kerana Allah,tak kire la kerja kerajaan ke swasta ke. gaji sikit ke besar ke. Tu pun nak kena ajar ke ?? Termasuk la nurse-nurse kat situ, pak guard sekali. Tak mesra langsung !! -.- Aku rase macam nak lempang sorang-sorang yang kerja kat dalam hospital tu.Huhh..


Ade sorang doktor nie tanya aku.


Doktor : Your father kerja apa ?
Me : Tak kerja pun. pencen dah.
Doktor : Abis macam mane ayah u dapat duit ?
Me : Time kerja simpan la duit. Nanti ade la duit yer
Abah saya kata, jage solat, jage amal..tak perlu risau pasal duit. Allah tolong ye nanti. Buat kerja ikhlas, baru Allah berkati kerja kita tu.
Doktor : :)
Me :  senyum jugak ( tapi dalam hati nak jer bagi penumbuk kat doktor tu,sepak terajang sekali )


Sekarang nie aku anti-hospital kerajaan. Lebih baik pergi kat swasta. Tak apa kalau mahal pun, janji kite puas hati,senang hati. Bukan nak puji ke ape, tapi nie kenyataan hospital swasta jauh lebih bagus dari kerajaan. Layanan diorang tip top. Sebelum nie pun abang aku gastrik, pergi kat Selangor Medical Centre. Wahhh...suka tul aku kat sane, nurse kat sana peramah,senyummm jer...comel pulak tu.hehe. Doktor pun same..:D


Ok,itu jer nak citer..Nak lepaskan perasaan geram dihati nie. :)
Bye-bye :)





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

14 December, 2011

Mini.Phone.Strap.

Assalamualaikum. :)

Haa...hari ini, malam ini, saat ini baru la aku ade time nak update blog. Dua tiga hari nie sibuk sangat. Pak Tam dari Tawau datang rumah,tu yang busy sikit. hehe..Malam nie aku mau cite same korang pasal mini phone strap. Tajuk entry kali nie la kan.. Alaaa...benda yang tergantung-gantung kat phone tu la. Mostly perempuan suke letak,tapi ade jer lelaki letak. Tak salah pun. ^_^

Aku ade tengok blog satu sister nie, die memang pandai lukis. Macam-macam benda die buat. Kalau nak tempah doodles kat die la. Sekarang nie die buat tempahan mini phone strap. Ohhh....sangat lawa tahu. Tunggu gambar ya !! :)

RM 6 each !! Ok sangat dah tuh..



Lawa kan ??? Nak beli satu !!










Aku excited sangat. Simple tapi lawa. Aku nak beli satu untuk aku,satu lagi untuk budak tu,Mr.Danbo !! hehe. Tapi saya tak tahu design cmne,tak pandai benda-benda cmni.
Bagus tul kan sista nie,pandai memanfaatkan bakat yang die ada. Untung la pandai lukis. :D

By the way,sapa-sapa yang nak tempah boleh la pergi jenguk kat sini


Ok, jumpe lagi di lain hari,di lain waktu. Bye-bye..:)
Take care !!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

10 December, 2011

Pagi yang mengejutkan lagi.

Assalamualaikum. :)


Sebenarnya nak post pasal gerhana bulan hari ini,tapi terbantut pulak . Takpe la. Again ! Pagi yang mengejutkan. Bila dapat panggilan time pagi-pagi buta,tak lain tak bukan berita buruk la tu. Mana ade orang sampaikan berita gembira pagi-pagi buta kan.

Ok. citer die cmni...pagi tadi rumah aku dapat satu panggilan telefon,kak shiela yang call,merangkap kekasih abang aku. Mak aku yang angkat,terkejut la dia,aku yang terdengar suare mak dari dalam bilik pun dah rase lain macam. Waktu yang sama abang aku yang ketiga,mohd tu pun dapat panggilan dari abang aku. Rupa-rupanya abang aku accident time nak pergi kerja. Nangis-nangis mase die call mohd. Mesti sakit sangat. Dah la die sorang-sorang time tu. Rumah orang lain gelap lagi tapi rumah aku dah riuh-rendah. Abang aku yang accident tu sempat call plus sebab die accident yer kat lebuhraya Elite. Tapi plus lambat sangat datang. Ishhhh...boleh pulak lambat datang kan. Abang aku dah la tengah sakit tu.-.-

Mak dengan mohd pun cepat-cepat siap nak pergi tengok. Time tu jugak. Mak aku kata sampai jer tempat kejadian abang aku dah dihantar ke Hospital Putrajaya. Yelah,Sg.buloh ke Lebuhraya Elite tu satu jam gak. Sekarang nie abang aku akan ditranfer ke Hospital Sg.buloh. Ok la tu,dekat sikit nak pergi jenguk. Abah time tu tak ade kat rumah,abah pergi iktikaf kat masjid. Abah aku buat silent phone die. Tu yang abang aku call die tak angkat. Kesian abang aku time tu. Dah la die call tak angkat,mesti bengang kan.

Sekarang ni aku pun tak dapat tahu cerita yang sebenar,sapa langgar sapa,macam mana boleh langgar. Semua lah. Kena tunggu abang aku sedar baru boleh tahu semuanya. Kak shiela pun datang Hospital Putrajaya pagi tu,die pun kata abang aku call die nangis-nangis. Aku tak dapat bayangkan macam mane sakit yer

Rumah aku sunyi jer time nie,tak ade seri langsung. Yela semua orang risau pasal abang aku. Aku cukup tak suka bila salah seorang ahli keluarga aku accident or sakit ape-ape. Aku takut kalau dieorang meninggal. Aku tak dapat terima. Walaupun accident patah kaki jer,kita tak tahu kuasa Allah. Kadang-kadang benda kecik pun boleh buat orang meninggal. Kalau Allah nak sekejap jer die boleh buat.

Ini nak bagi sedikit info pasal gerhana bulan

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.So jangan lepas kan peluang taw.. ;D

Ok tu jer info yer.bye-bye. Doakan supaya abang aku selamat yer. :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

09 December, 2011

I'm jealous.

Assalamualaikum. :)


Saya dilanda oleh perasaan cemburu !! errr.
Cemburu bila ada orang panggil akak saya bakal doktor tak pun panggil doktor aishah. Ok,memang la dia bakal doktor. Yang aku cemburu tak tentu pasal nie sebab aku pun nak title doktor jugak. Dr. Aneesah . Wahhhh...sedap yer dengar. Perasan je lebih.Hehehe.

Kalau balik kampung mesti ada orang akan cakap cmtu kat akak. Diorang tak tahu ke pakar mata pun boleh dapat title doktor tu..Ishhhh...-.-
Lagi satu,bila orang tanya aku amek course ape kat uia,then aku cakap allied health science.
Mula la nak tercengang jer. Macam pelik jer course aku amek tu. Susah tahu nak explain kat diaorang terutama orang-orang kat kampung mak.

Tu jer la nak citer. Dah tak ade idea nak cakap ape.
bye-bye..Take care semua ! :D

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

05 December, 2011

Bukan maksud diriku membuatmu begini. :(

Assalamualaikum .


♪♫ I Believe by Irfan Makki.
Allah Maha Besar,bila-bila sahaja Allah boleh merampas kebahagiaan itu kalau itu mahu dia.
Hmmmm
Hmmm
Hmm...

Perkara yang selalu berlaku apabila aku mula untuk bercerita tentang isi hati yang tak seberapa ini.

Bukan maksud diriku membuatmu sedih begini.
Bukan maksud diriku untuk mentertawakanmu.
Bukan maksud diriku untuk menimbulkan perasan yang tidak enak dihatimu.
Bukan maksud diriku untuk mengabaikan dirimu.
Bukan maksud diriku untuk mendiamkan diri begini.
Bukan maksud diriku untuk menguji perasaanmu.
Bukan maksud diriku untuk menimbulkan perasaan marah dihatimu.
Bukan maksud diriku untuk meminta simpati darimu.

Jauh dilubuk hatiku,bukan ini semua yang diriku perlukan.
Memahami. Ya,sifat itu yang diri ini perlukan darimu.
Sifat itu,perasaan itu ,sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Begitu juga,sangat sukar untuk dilakukan oleh diriku ini dan juga dirimu.

Sangat malu diri ini untuk menyatakan maaf.
Perkataan yang boleh memberikan seribu senyuman,seribu kelegaan dihati,seribu kesedaran.

Ya Allah,sampaikan maafku pada dia
Maaf,hanya ini sahaja diriku mampu lakukan untukmu.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

04 December, 2011

He likes it !!

Assalamualaikum.

Sekarang nie hangat pasal filem Ombak Rindu. Kan ?? Haha,orang lain dah lame dah cite pasal bende nie,aku nie haa..baru nak cite. Bukan yer aku tak tahu,tapi tak ade yang menarik perhatian aku pun. Novel yer aku dah bace,so aku dah tahu citer yer macam mane. Sebab tu kot aku rase aku tak berminat. ^_^  Korang pun mesti tahu pasal filem nie kan. Tapi si dia suka sangat lagu OST filem nie.



Ramai orang kata lagu nie sedih sangat. Dia pun kata. Sedih yer awak..hehe
Memang la sedih kan,tapi masalah yer aku susah nak faham ape maksud lagu tu.
Aku tahu aku nie lambat pickup sikit. Biar la kan,janji tak susah kan orang lain..hee.

Aku cuba la dengar banyak kali lagu nie, Insyaallah..dengan izin Allah. Aku paham la sikit-sikit apa isi tersirat mahupun tersurat lagu tu..hehe..Tak leh blah ayat. Macam mana tak suka yer aku pada lagu Melayu,aku tetap kena tanamkan rase suka dalam hati aku,so that senang aku nanti bila dia suruh dengar mana-mana lagu. :)

Awak-awak,suka lagu nie yer..Awak suka,saya pun kena lah suka jugak.hehe. Saya dengan awak berlainan citarasa, tapi saya belajar terima citarasa awak dan awak belajar terima citarasa saya. Simple kan..^_^.


Ok,bye-bye.
Good Night !! :D

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

01 December, 2011

Puisi Zahiril buat Shera. :)

Assalamualaikum :)

Sweet sangat puisi nie. Puisi nie Zahiril cipta khas untuk isteri die,Shera.
Jom la bace puisi yang Zahiril tulis.

Aku pasti punya masalah

Tiap kali ingin menulis puisi buatmu .

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat .

Dari kata-kata yang akan terkeluarkan .

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu .

Dan hari ini kau menjadi isteriku .

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar ,

Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik ,
  
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit ,

Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik , melolong ,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta .

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri ,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan ,
Bahaya , ancaman di mana-mana .

Tapi selagi kau dalam dakapanku ,

Aku berjanji akan menjagamu 

Setiap saat dan waktu ,

Setiap siang dan malam ,

Setiap guruh dan hujan ,

Setiap panas dan terik ,

Setiap nafasku .

Aku sering menadah telapak tangan ,

Dan memohon pada Tuhan ,

Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku ,

Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala .

Isteriku .

Selamat datang ke hidupku ,

Selamat menjadi isteriku 
.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak .

Selamat menjadi menantu ibu bapaku .

Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku .

Selamat menjadi keluargaku .

Selamat menjadi pelengkap hidupku .

Selamat menjadi separuh dari aku .


Sweet kan..?? Nak jugak macam nie,boleh tak..?? Boleh lah..^_^

Sampai menangis shera dengar puisi tu..:)


Apa pun Selamat Pengantin Baru !! :D
Bye-bye, Sayang korang..:)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^