28 May, 2012

Skinny

Assalamualaikum..;D

"Insulting someone for being too skinny is as offensive as insulting someone for being fat."

Aku tak ingat mana aku jumpa qoute nie,lame dah, tu pasal tak ingat -.-. Ok,last post for May 2012.  No more May 2012. :D. 

Itu lah, bila aku baca jer qoute kat atas tu, then a few minutes lepas tu kawan aku post qoute tu sebagai status Facebook dia. Adakah ini kebetulan ? Of course lah kebetulan kan,habis tu ape lagi. Fine...aku tanya,aku jawab sendiri. HAHA. Dengan sekelip mata aku tekan button like. Yeahh, LIKE ! LIKE ! LIKE !  :D

Aku tak tahu semua yang like status kawan aku tu adalah yang jenis skinny-skinny macam aku atau sebaliknya. Bagus kalau diorang pun skinny macam aku.hehe. Nampak tak yang macam kami semua adalah saling memahami dan merasai perasaan yang sama ? Perasaan yang selalu giler kena kutuk dengan orang, contohnya EH APSAL KAU KURUS SANGAT WEH? TAK LAWA LAH. KURUS SANGAT TAK ELOK LA, TAK ADE SHAPE LAH. Ataupun yang paling mengguris perasaan adalah ZAMAN SEKARANG LELAKI NAK PEREMPUAN YANG MONTEL-MONTEL LAH, TAK NAK KURUS-KURUS CAMNI. TAK FEEL NAK PELUK-PELUK.

Kadang kadang la mungkin I can take that as a joke. Lame ass joke apa-apa lah. Janji semua orang gelak kan, then FINE. Tapi tau tak benda benda macam ni boleh buat self confidence orang tu macam jatuh gila gila. Like, hello? Aku pun taknak aku kurus macam ni? Macam mana aku nak buat kalau dah memang kadar metabolisme aku tinggi ?

Kadang- kadang jugak aku rasa bangga jadi budak skinny,sebab ape...sebab yer RINGAN ! haha. Tak ade lah rase berat jer badan nie. And one more things orang kurus nie nak pakai baju kecik pun tak ape,sebabnyer tak nampak shape pun,selamat dari penahan tajam mata-mata kaum Adam kat luar tuh.

That's why aku rasa macam semua orang perlu di enlighten kan, yang bila ade orang cakap seseorang tu skinny gila, perasaan ofensive tu macam sama dengan je dengan perasaan orang gemuk yang dikutuk. Bezanya cuma, mereka adalah overweight. Dan orang macam aku adalah underweight. Tu pun tak faham ke? Susah ke nak digest benda benda simple macam ni?

Tibe-tibe jerk nak emo kan. Aku just nak sampaikan apa perasaan orang kurus macam aku ni. Benda ni mungkin nampak simple bagi sesetengah orang. Cuma I think society should come out with this awareness campaign about skinny people. It's not fair to only concentrate on fat folks. Orang orang macam aku ni pun have feelings apa.

Kena keeps remind yourself, adalah satu kesalahan kutuk ciptaan Allah. ;)
Kutuk seseorang,umpama kita kutuk ciptaan Allah
Puji seseorang,umpama kita puji ciptaan Allah. 
Senang kan ?? :D

Ok, dah kemas-kemas barang. Esok nak pi Kulim !! 
Bye-bye ! :D


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

27 May, 2012

.......maaf

Assalamualaikum :)

Andai lidah ini
Pernah menguris luka hatimu
Itu bukan niatku
Mungkin aku bergurau silap tempatnya
Mungkin aku DIAM silap waktunya



Tapi ketahuilah

Semenjak semua ini berlaku
Ia telah meragut segala tenteramku

Telah mencapak jauh tawaku...


Maafkanlah

Hanya itu yang aku pinta...

Kalau aku pernah membuatmu terasa
Maafkanlah
Kalau aku pernah berjanji kemudian mungkir.
Maafkanlah
Kalau aku bukan kawan susah senang. Menyusahkan orang.
Maafkanlah
Kalau aku bukan siapa-siapa padamu,
Maafkanlah..



Matahari sangat cantik di luar sana,tapi mungkin aku tidak pandai menghargainya...

Maafkan aku..
Maafkan aku..

Dengan seribu nafas lelah
Dengan sejuta rasa jiwa dan airmata ini..
DEMI ALLAH jika aku ada berbuat silap
Semuanya berada diluar kawalan akalku..
Maafkan aku.......

................................................................................................................................................



Sejak ada blog,aku dah pandai susun kata-kata.Haha. Cool.
Tiba-tiba jer letak gambar kan.
Semalam tak dapat tido,on laptop,on webcam
Pakai tudung,main kebas jer tudung mak.haha
Snap gambar.. :D





Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

24 May, 2012

Salasilah Future Family

Assalamualaikum

Kebosanan semalam dalam kelas memandu. Ya Allah, Dia je la yang tahu.
Disebabkan bosan jugak lah aku mencipta salasilah keluarga sendiri. Hihi !
Pheww..suka hati kau jerr neesa.


Tengok ! Habis buku nota yang orang kat kelas memandu tu kasi aku kerjakan. Ramai giler la anak kiteorang,10 orang tuh. haha.Kalah dengan mak abah. Siap tinggal kat rumah panjang lagi. Senang !
Tapi itu hanya rekaan,takkan la aku nak tinggal kat rumah panjang kan, No way !  

..............................................................................................................................

Okayy,nie citer lain pulak tapi pasal kelas semalam gak. Ada sorang mamat nie. Masuk jer kelas die amek tempat kat depan aku. Itu aku tak kisah la,sapa-sapa pun boleh duduk situ kan. 
Aku tak taw la penyakit ape dia ade,asyik pandang ke belakang jer, Ya Allah,sangat annoyying. Tak suke yer aku. Dah la tido dalam kelas,berdengkur pulak tuh !! 

Kalau perempuan lain tengok,memang reject terus ar. Bila pengajar kat situ bagi rehat sekejap, dia mula lah bercakap konon yer aku akan respon lah,tapi aku senyap. Buat do noo jer, sibuk lukis benda alah kat atas tu. HAHAHAHAAHA ! Dalam hati dah tergelak-gelak dah. Padan muka dia.

Dah habis kelas tu, time untuk thumbprint. Mamat tu sibuk berdiri kat depan aku,aku tengah duduk kat kerusi paling hadapan nih. Dapat bayangkan tak..??? Please la bayangkan.hehe.
Haissshhh,kat situ jugak die nak berdiri. Betul-betul kat depan aku. Punggung die menghadap aku. Pergghhhh ! Geram tul
Nihh dalam hati dok sumpah seranah mamat tu
"Fed up betul la dengan mamat nie, dia tak nampak ke aku pakai kasut boot nie. Nak kena sepak dengan aku ke apee ?? ! " Memang nak kena la kan "

Pastu kan...HAHAHAHAHAHA ! Jap nak gelak dulu sebelum citer,aku tak boleh tahan ketawa bila mengingatkan peristiwa itu. HAHAHAHA ! XD.

Dah-dah,sambung citer,pastu kan,bila mamat tak berganjak pun daripada berdiri di depan aku,sibuk dok ke hulu ke hilir,ntah ape yang dia pikir pun aku taw lah. Not my bisness. Time dia ke hulu ke hilir tu,tibe-tibe aku panjangkan kaki aku. Faham tak ??  ( Aku duduk kat kerusi bahagian hadapan sekali,then aku panjangkan kaki aku dengan harapan die akan terjatuh. ) hehe.Nasib dia tak jatuh,cume tergelongsor sikit jer. Kalau jatuh tersembam susah pulak kang nanti. 

Then,aku mintak maaf, konon-konon aku tak bersalah. Pastu blah cepat-cepat -.- Haha. Orang kat situ gelak jer bila jadi macam tu. Seronok dapat kena kan mamat tu.
Itu la,main-main dengan aku lagi. hahaha

Ok la,bye-bye ! :D



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

20 May, 2012

Tips Survive Long Distance Relationship

Assalamualaikum ! :D

Sebenar yer tajuk asal entry aku nie "Tips Survive Dalam Percintaan Jarak Jauh ", aku tukar jadi long distance relationship. Lebih general kan. Kalau "percintaan" tu macam tak sesuai jer bagi keadaan aku nie. Sebab aku bukan dalam situasi cintan-cintun nie. :D

Tips ni maybe berguna untuk aku dan dia. Hopefully berguna. Aku share dengan korang jugak,mana lah taw kan korang pun antara manusia-manusia yang tergolong dalam 'long distance relationship' nihh.

Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia. Kita mestilah mempercayai si dia dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh si dia.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri.
Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi.
Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang.
Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang.
Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain.
Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu. ( p/s :sedih sgt teringat birthday tahun nie xdpt smbut dengan die :(  )
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia. :)
Bila CINTA kerana ALLAH, berpisah tak gelisah, bertemu tak jemu, kerana yang diyakini menjaga CINTA itu hanya pada Tuhan yang SATU.. ALLAH Maha ESA.
Long Distance Relationship, not for everyone.
Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan jarak kejauhan itu kepada aku dan dia.”

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

18 May, 2012

Ya Allah, Nak sangat-sangat nie.

Assalamualaikum ! Hye semua !

Nak share satu gambar nie ^___^


Aku tak rasa gambar nie salah. Kalau kita nak sangat sesuatu benda tu,mintak jer kat Allah. Mintak lah apa saja. Tak salah pun. Allah tak marah pun.

Aku akan doa supaya jodoh aku dengan dia walaupun macam mana sekalipun.
Awak,doa macam nie okeh ! Baru Allah nampak kesungguhan kita. :D
Walaupun semua dalam perancangan Allah, kita kena usaha kan ?

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

14 May, 2012

Satu Kesalahan Kutuk Ciptaan Allah

Assalamualaikum :)

Nak satu Hello Kitty boleh tak ?? Sapa nak kasi ??

Mehh,aku nak citer aktiviti yang bakal aku buat cuti sem nie. Ehh,bukan bakal tapi akan buat. 

First : driving licence ( rabu nie dah start !! )
Second : Belajar memasak (aku rase,setiap kali cuti sem aku belajar memasak,asal la aku nie lembab sangat )
Third : Kerja ! Abah kasi cari kerja. *EXCITED !*
Fourth : Habis kan baca buku fixi,online punya ok. (tak main la beli-beli buku nie)hehe

Fifth : Belajar tajwid dengan mak. (Aku kan nak kahwin,kena timba ilmu banyak-banyak )hihi

Okeh ! Setakat tu jer dulu perancangan aku.
Back to the topic, dulu aku sangat la angkuh dengan perasaan aku sendiri, haaa,sekarang...hamek kau ! Aku sendiri yang terkena. Tak faham ???

Ape pasal susah benor nak faham nie ?? 
Macam nie maksud aku kita jangan terlalu angkuh dengan perasaan kita sebab bila Allah kata jadi, maka jadilah ia.(Be! and it is)  Dia Maha Berkuasa. In my case " Aku benci betollah mamat tu,(benci tak bersebab), dah la tak handsome, pendek lak tu, and and paling teruk dia asal dari terengganu,memang parah lah kan.." Tup tap tup tap..." Eh,aku sangkut kat sorang mamat la,siap rancang nak kahwin lagi. Dengan mamat yang aku kutuk haritu ".

You got what I mean ?? Boleh faham kan ? Adalah satu kesalahan kita sebab kutuk ciptaan Allah, satu lagi sebab kita terlalu angkuh dengan diri kita. :)

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 

 [2:216]



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

13 May, 2012

It's so hard to let you go

Assalamualaikum ^__^

So guess it's good bye foundation, good bye Pusat Asasi UIA, good bye Center for Foundation Studies IIUM.


Alhamdulillah. Aku baru habis final exam. Semuanya berjalan dengan lancar. Kena tunggu result pulak pasni.

Baru sehari aku tinggal kan CFS and aku masih ingat semua memori kat sini. Maybe untuk selamanyer. :) Aku akan merindui tempat nie. Tempat dimana aku belajar berdikari, tempat ni la aku dapat kenal dia. Tempat nie jugak aku kenal erti persahabatan.

Rasa sedih sangat sebab lepas nie dah tak datang kat sini. Kawan-kawan pun susah nak jumpa nanti. Diorang semua kat  UIA Gombak. :( Ok,rasa menyesal pulak aku tukar course.

Rindu time taa'ruf week :) (Roomate )
Wadi,liya, syikin and aku

Malam penutup untuk taa'ruf


Kitaorang dengan wawa !! Rindu wawa,dulu kat phone lama banyak gambar ngan wawa,lepas memory phone rosak,hilang semua..


Dayang and mira !! Rindu diorang.

Sem 1 selalu pergi kelas sama mira, masuk Sem 2 aku dah tukar course. Certain subject jer pergi sama. Sedih tul :(


Cepat cari ! Mana dia and mana aku? hehe

Dari kiri : Aku, wadi, wawa

Mesti rindu nak makan malam dengan syikin pasni. :(
Lepas nie nak makan dengan sape lagi....

Pinjam baju tido syikin. Syikin, kita akan ingat sampai bila-bila


Fatin Amira, baya, and aku
Diorang baik sangat dengan aku. Thanks yer :D



I will miss both of you. :(
Datang2 la kat Kuantan yer nanti

Rindu nak makan dengan dia kat cafe UKC lagi. :(

Tudung hitam tu shifaa, last sem nie satu bilik dengan dia. 








Banyak sangat kenangan kat sini.
Sekarang masa untuk ucap selamat tinggal.

Untuk roomate aku dari sem 1 lagi. 
NURASYIKIN BINTI NOH.
Kita nak mintak maaf sangat-sangat kalau kita pernah kecik kan hati syikin. Memang pernah pun, maybe time tu kita tak sengaja. Yess, seriously.. tak sengaja pun. Mintak maaf jugak kite pernah marah-marah syikin, tertengking segala. Thanks yer sudi jadi kawan kita, sudi jadi roomate kita sampai last sem nie. I'm so grateful to know you. ;(


Syikin, kena jaga kesihatan, jaga makan..xpe makan banyak pun, xpe gemuk pun. Asalkan syikin happy kan ?
Pasni tak dapat nak window shopping lagi dah. Tak dapat nak bergambar sama -sama dah. Tak dapat nak habis kan duit sama-sama dah
Kita pasti rindu semua benda tu. ;(
Sebenarnya, kita nak nangis taw time syikin nak balik hari tu..tapi kita tahan jer,malu nak nangis depan orang. ;(  Jangan lupa kita taw.


Goodbye Mahallah Zainab Jahsy

Goodbye morning classes

Goodbye pasar malam hari selasa

Goodbye Jaya One

Goodbye bilik 110c

Goodbye area TV

Goodbye all awesome lecturers

Goodbye Hisbah Rufaydah and Hisbah Khawlah Al-Azwar

Goodbye all roomates and jiran-jiran

Goodbye copying tutorials and lab reports

Goodbye library

Goodbye busana

Goodbye cafe Zainab

Goodbye pak guard

Goodbye Petaling Jaya Sekyen 17

Goodbye UIA.


Goodbye awesome foundation


PERFECT ENDING. You sure will be missed. A LOT


Hello Degree. Ehh, belum lagi la.
I FEEL OLD


Bye-bye !! :D


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

02 May, 2012

Rasa. Syukur. Hanya. Allah. Yang. Tahu

Assalamualaikum :)


Curi masa sikit untuk update blog.
I promise, its won't be long. ^__^

I done with my EAW paper. Baru jer habis nie. Ya Allah,syukur sangat.
Tibe-tibe terasa nak update kan.
Tinggal dua paper lagi. Math2 and Bio 2 yang sangat tough.

At least lepas eaw ni, kurang la sikit beban kat bahu aku nie.
First time aku exam final, aku tak berape nak tension. 
Tak setension sem-sem lepas lah.

Aku takkan mengeluh soalan exam susah. Banyak mana kite usaha,banyak itu lah Allah akan kasi. Takkan nak usaha sikit, nak banyak pulak.
Aku bersyukur setakat nie semua berjalan dengan lancar.

Kadang-kadang, rasa syukur biar di dalam hati, rasa syukur biar diam-diam, rasa syukur biar hanya Allah yang tahu bukan manusia. ^___^


Ya Allah, bereskan la urusan sampai habis semester nie. Permudahkan la aku untuk jawapan paper bio and math nanti. permudahkan la .Ameen. :)







Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^