01 September, 2013

Untitled

Aku harap.
Allah jaga kau.
Allah lindungi kau.
Allah beri yang lebih baik pada kau.
Tak sebar
Tapi Dia lebih tahu apa dalam hati aku.

Diam.
Bukan ertinya tak peduli.
Adakalanya lebih baik di diamkan.
Luah dengan Rabb.
Biar rasanya lebih.
Kerana Dia pemegang hati.

Setiap satu nasihat kau.
Jujur.
Aku rindu.
Dan aku pendam
Tidak ditunjuk.
Sebab ego aku tinggi.
Barangkali.

Perasaan.
Itu anugerah Rabb.
Mana kan boleh dibuang.
Serah pada Rabb.
Kelak tidak terlalu sakit andai dirimu pergi.

Allah jauhkan kita.
Kerana Dia jaga kita.

Jangan pernah lupa.
Selagi berpijak di Bumi yang sama.
Aku.
Masih akan kenang dirimu.
Dalam doaku.

Moga aku dapat menjaga hati.
Biar tidak lagi sakit.
Dengan kisah yang sama.
Berulang kali.

Duhai dirimu.
Jangan mudah marah.
Paku sikit sabar dalam hati.

Rabb.
Andai satu ketika ada yang lari.
Tidak mahu berteman denganku.
Aku harap.
Kau masih setia.
Dengan ku
Meski aku sering kali lupakanmu.

Agak-agak.
Kalau aku dah takda.
Kau masih ingat aku.?
Masih doakan aku.?

Moga Allah redha.
Maaf semuanya.
Ku pinta kemaafan.
Kesemuanya.
Halalkan dan maafkan semuanya.

Assalamualaikum :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

26 July, 2013

Mana nak cari wideshawl murah-murah. ?

Assalamualaikum :)

Salam 17th Ramadhan ! Sooo, mana nak cari wide shawl murah-murah ? Kalau nak tahu,aku lebih suka beli benda yang murah dan quality dia,awesomee ! Tak kira apa benda pun. Yela, kita ni student lagi, mana ada income bulan-bulan kan..haha. Jadi bila aku nak something/barang aku akan sedaya upaya dapatkan. Tak kira macam mana pun. Bunyi macam scary je. :D Benda yang aku nak banyak, so kalau nak beli semua tu,confirm duit aku habis. Makin berjela mak berleter. haha. Dan semua tu aku beli guna duit aku sendiri,aku takkan minta kat parents. Takda duit,duduk diam jee ok.

Ok,sebagai contoh barang yang aku nak adalah wideshawl. Selalunya harga wideshawl ni below RM50 la. Ada yang sampai RM 70, itu kalau material bagus. Shawl je kan,tak payah la mahal-mahal. selalu cakap kat diri sendiri kalau nak pakai mahal-mahal tunggu kerja. So, aku pun cari website-website yang jual wideshawl below RM30 dengan quality tip top. Aku akan google sehabis mungkin. Macam tu la cara aku beli barang online. Sebab tu bila orang tanya beli kat web mana.? Aku tak boleh nak cakap,sebab aku tak ingat. Haha. Bukan sengaja ok. Bila dah google-google, terjumpa,terus tanya available or not. Kalau available,terus cop barang tu. Bila dah dapat barang,selalunya aku akan lupakan web tu. Haha! Jahat giler. Aku bukanla seorang yang setia pada satu-satu online shop.

Tapi kali ni aku nak tunjuk cara aku pilih wideshawl yang murah. Kira macam tips laa. Ini cara aku, kalau nak ikut,ikut la..kalau tak nak pun takpa. :)

1. Pastikan shawl tu betul-betul wide. Tengok ukuran shawl tu. Selalunya wideshawl ukuran dia 180 times 110cm. Atau kalau malas sangat tanya je si penjual adakah ini wideshawl or shawl size biase.? Tapi kalau si penjual dah siap-siap tulis caption bagi tahu ' this is wideshawls' so tak payah la tanya lagi. Tak ke rasa bodoh.Hehe.

2. Tengok harga dia. Kalau boleh harga tak lebih RM 35.kalau sipi-sipi tu ok lahh. Tapi online shop yang selalu aku beli wideshawl kat insta tu harga RM20.exclude postage or include postage tu tak kisah,janji harga dia dah murah. Kalau boleh jumpa wideshawl yang harga murah, plus include postage tu lagi baguss !

3. Tips seterusnya, pilih wideshawl yang pre order bukan ready stock. Ready stock bermaksud barang tu dah ada, dan menggunakan konsep sapa cepat dia dapat. Aku sangat-sangat tak berminat kalau macam tu. Kalau dah habis, tak ke putih mata,berdarah-darah mata tengok barang yang dah sold out. :P. So kalau cara nak elak,pilih yang pre order. Pre order bermaksud, order item yang kita nak, barang akan sampai ke penjual dalam seminggu dua,lepas tu baru penjual akan pos kepada kita. Selalunya pre order ada tarikh tutupnya.

4. Pilih penjual yang boleh dirunding. Memang semua penjual mementingkan serious buyers tapi kan lagi bagus kalau penjual boleh dirunding bila kita ada masalah lambat bank in duit atas sebab-sebab tertentu. Itu sangat penting. :)

Rasanya dah cukup dah ni. Harap- harap la dapat membantu sapa-sapa yang nak beli wide shawl tu. 

Ini antara online shop yang aku recommend kat korang. Sangat memenuhi citarasa aku. Dekat instagram taw. Setakat ni aku beli wideshawl kat nuuna je. Setiap kali shawl baru release mesti nak beli. Sabor jela. Cantik -cantik semua. :3

Nuuna
&
Laci_loco.

Cuba la try tengok. Best ! Quality shawl diorang pun ok.
Soft cotton,sangat selesa kalau pakai. :) 

Ok, bye- bye ! :D 
Assalamualaikum.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^