19 December, 2011

6 sebab perempuan untung mempunyai rahim.

Assalamualaikum :)


6 Sebab beruntungnya perempuan mempunyai rahim. :)

1. Dia bekerja dengan Allah jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh. 
      7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang laki tak ada cuti dari sembahyang. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

3. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya.. Lahir sahaja bayi,semua dosanya habis. Itulah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak ? Marilah kita pegang pada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

4. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala juga tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

5. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya tanpa disedari. Bila dia lihat suaminya terhegeh-hegeh di titian Sirat, dia tak nak masuk Syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk Syurga. Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

6. Manakala suami juga mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak, isteri yang tak dididik dia akan tanggung di tambah lagi dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita dan isteri agar tidak derhaka denganNya. :)

Beruntunglah menjadi seorang perempuan dan wanita. :)

Bye-bye. Selamat malam :)
Take care !! 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

No comments :

Post a Comment