01 September, 2013

Untitled

Aku harap.
Allah jaga kau.
Allah lindungi kau.
Allah beri yang lebih baik pada kau.
Tak sebar
Tapi Dia lebih tahu apa dalam hati aku.

Diam.
Bukan ertinya tak peduli.
Adakalanya lebih baik di diamkan.
Luah dengan Rabb.
Biar rasanya lebih.
Kerana Dia pemegang hati.

Setiap satu nasihat kau.
Jujur.
Aku rindu.
Dan aku pendam
Tidak ditunjuk.
Sebab ego aku tinggi.
Barangkali.

Perasaan.
Itu anugerah Rabb.
Mana kan boleh dibuang.
Serah pada Rabb.
Kelak tidak terlalu sakit andai dirimu pergi.

Allah jauhkan kita.
Kerana Dia jaga kita.

Jangan pernah lupa.
Selagi berpijak di Bumi yang sama.
Aku.
Masih akan kenang dirimu.
Dalam doaku.

Moga aku dapat menjaga hati.
Biar tidak lagi sakit.
Dengan kisah yang sama.
Berulang kali.

Duhai dirimu.
Jangan mudah marah.
Paku sikit sabar dalam hati.

Rabb.
Andai satu ketika ada yang lari.
Tidak mahu berteman denganku.
Aku harap.
Kau masih setia.
Dengan ku
Meski aku sering kali lupakanmu.

Agak-agak.
Kalau aku dah takda.
Kau masih ingat aku.?
Masih doakan aku.?

Moga Allah redha.
Maaf semuanya.
Ku pinta kemaafan.
Kesemuanya.
Halalkan dan maafkan semuanya.

Assalamualaikum :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

26 July, 2013

Mana nak cari wideshawl murah-murah. ?

Assalamualaikum :)

Salam 17th Ramadhan ! Sooo, mana nak cari wide shawl murah-murah ? Kalau nak tahu,aku lebih suka beli benda yang murah dan quality dia,awesomee ! Tak kira apa benda pun. Yela, kita ni student lagi, mana ada income bulan-bulan kan..haha. Jadi bila aku nak something/barang aku akan sedaya upaya dapatkan. Tak kira macam mana pun. Bunyi macam scary je. :D Benda yang aku nak banyak, so kalau nak beli semua tu,confirm duit aku habis. Makin berjela mak berleter. haha. Dan semua tu aku beli guna duit aku sendiri,aku takkan minta kat parents. Takda duit,duduk diam jee ok.

Ok,sebagai contoh barang yang aku nak adalah wideshawl. Selalunya harga wideshawl ni below RM50 la. Ada yang sampai RM 70, itu kalau material bagus. Shawl je kan,tak payah la mahal-mahal. selalu cakap kat diri sendiri kalau nak pakai mahal-mahal tunggu kerja. So, aku pun cari website-website yang jual wideshawl below RM30 dengan quality tip top. Aku akan google sehabis mungkin. Macam tu la cara aku beli barang online. Sebab tu bila orang tanya beli kat web mana.? Aku tak boleh nak cakap,sebab aku tak ingat. Haha. Bukan sengaja ok. Bila dah google-google, terjumpa,terus tanya available or not. Kalau available,terus cop barang tu. Bila dah dapat barang,selalunya aku akan lupakan web tu. Haha! Jahat giler. Aku bukanla seorang yang setia pada satu-satu online shop.

Tapi kali ni aku nak tunjuk cara aku pilih wideshawl yang murah. Kira macam tips laa. Ini cara aku, kalau nak ikut,ikut la..kalau tak nak pun takpa. :)

1. Pastikan shawl tu betul-betul wide. Tengok ukuran shawl tu. Selalunya wideshawl ukuran dia 180 times 110cm. Atau kalau malas sangat tanya je si penjual adakah ini wideshawl or shawl size biase.? Tapi kalau si penjual dah siap-siap tulis caption bagi tahu ' this is wideshawls' so tak payah la tanya lagi. Tak ke rasa bodoh.Hehe.

2. Tengok harga dia. Kalau boleh harga tak lebih RM 35.kalau sipi-sipi tu ok lahh. Tapi online shop yang selalu aku beli wideshawl kat insta tu harga RM20.exclude postage or include postage tu tak kisah,janji harga dia dah murah. Kalau boleh jumpa wideshawl yang harga murah, plus include postage tu lagi baguss !

3. Tips seterusnya, pilih wideshawl yang pre order bukan ready stock. Ready stock bermaksud barang tu dah ada, dan menggunakan konsep sapa cepat dia dapat. Aku sangat-sangat tak berminat kalau macam tu. Kalau dah habis, tak ke putih mata,berdarah-darah mata tengok barang yang dah sold out. :P. So kalau cara nak elak,pilih yang pre order. Pre order bermaksud, order item yang kita nak, barang akan sampai ke penjual dalam seminggu dua,lepas tu baru penjual akan pos kepada kita. Selalunya pre order ada tarikh tutupnya.

4. Pilih penjual yang boleh dirunding. Memang semua penjual mementingkan serious buyers tapi kan lagi bagus kalau penjual boleh dirunding bila kita ada masalah lambat bank in duit atas sebab-sebab tertentu. Itu sangat penting. :)

Rasanya dah cukup dah ni. Harap- harap la dapat membantu sapa-sapa yang nak beli wide shawl tu. 

Ini antara online shop yang aku recommend kat korang. Sangat memenuhi citarasa aku. Dekat instagram taw. Setakat ni aku beli wideshawl kat nuuna je. Setiap kali shawl baru release mesti nak beli. Sabor jela. Cantik -cantik semua. :3

Nuuna
&
Laci_loco.

Cuba la try tengok. Best ! Quality shawl diorang pun ok.
Soft cotton,sangat selesa kalau pakai. :) 

Ok, bye- bye ! :D 
Assalamualaikum.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

08 July, 2013

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum. :)

Kita share something sikit la hari ni ye. Ini pun dapat dari pembacaan yang aku baca. :) So... Aku rasa sebelum nak bermulanya Ramadhan, kita kena la baca sikit pasal fadilat ramadhan. Memang kita dah sedia tahu kelebihan-kelebihannya,tapi apa salahnya baca dan baca lagi. Selagi tak dapat amal,selagi tu la kena baca. Faham. Supaya bila kita baca kelebihan-kelebihan amal, kita akan rasa satu perasaan yang lain.perasaan semangat nak buat ibadat tu. perasaan excited !

Ok,jom la aku share a few hadith,so that korang pun dapat keghairahan nak beramal time puasa nanti.

" Sayyidina Salman berkata bahawa Rasulullah telah bersabda kepada kami pada hari terkahir bulan Sya'ban,"Wahai manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang pada bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah (s.w.t) telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah( s.w.t) pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain. "

" Sayyidina Abu Sa'id Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) telah bersabda, " Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan (dari api neraka) pada setiap siang dan malam ( bulan Ramadan). Dan bagi setiap orang Islam ada doa yang dimakbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadan) " Hadis riwayat Bazzar

" Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, " Sesiapa yang tidak berpuasa sehari daripada bulan Ramadan tanpa keuzuran atau sakit maka dia tidak akan dapat mengqadakan puasa itu walaupun dia berpuasa seumur hidup, meskipun dia berkemampuan untuk melakukan sedemikian. " hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu daud, Ibnu Majah, dan lain2. 

Ok, rasanya cukup la ni. Lastly, doa la banyak supaya kita ni diberi sedikit kekuatan oleh Allah untuk beribadat pada bulan puasa nanti.  :)Untuk diri aku jugak. Memang aku mengaku takut nak puasa,sebab takut tak larat. Kalau aku tak larat, confirm semua benda tak boleh buat. 

ok, bye-bye ! :D Selamat Berpuasa. !



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

03 July, 2013

She is 21 and getting married. Me ?

Assalamualaikum :)

Here we go again....... hye ! sorry tak layan blog yang berkurun dengan ramah- tamahnya.Sejak-sejak cuti semester ni.  Konon update ni nak bersihkan sawang kat blog la. Konon. Itulah ayat segelintir orang yang dah lama tak update. Itu normal. Dan itu boring. 

Apa-apa pun aku sekarang wanita berkerjaya. Cewahhhhh. hihi. Ok, tak nak cerita pasal aktiviti aku. Straight to the the point, walaupun tajuk kat atas tu nampak macam frust gila but then itu hanya sandiwara. Aku happy sangat salah seorang classmate aku kat UIA, dah berkahwin. Alhamdulilah. Macam tak percaya. Walaupun UIA memang terkenal dengan student yang kahwin awal. Aku still excited bila tahu. >.<

Kitorang satu classmate beriya discuss nak pergi wedding ana,(pengantin) before cuti sem lagi tau. Walaupun apa yang dirancang tak sepenuhnya mengikut plan, tapi alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. Majlisnya hari Sabtu, on 22.june.2013.Dekat rumah Ana. Batu Kikir. N.Sembilan. So aku dengan classmate yang lain datang awal sehari, which is hari Jumaat. Me is sooooooo excited. lagi-lagi aku tak pernah drive jauh. Sebahagian lagi datang esoknya. 

Jom la layan gambar je. Gambar credit pada classmate aku. Ada sebahagian dari phone sendiri.  


 

Yang dari KL dua biji kereta. Kiteorang sampai dalam pukul 7. Kat belakang tu homestay yang akan kami bermalam. Yeahhh !



Sampai je homestay, sakit kepala datang. Migrane. Dan sangat-sangat aku tak percaya dengan migrane-migrane tu, boleh lagi nak pergi makan. Kalau sebelum ni, memang terperuk dalam bilik menahan sakit. 



Penat sangat sebenarnya time ni. tak sempat rehat. pergi rumah pengantin, tolong pape yang patut. 











Tudiaaaaaaaa ! Pengantin pakai inai. :D





Pengantin lelaki dah sampai.











On Skype ! Al Hafizah A Ramos from Sabah. Classmate kiteorang yang tak dapat datang sebab jauh. Jadi fiza hadirkan diri dekat skype. hihi. 



Debar-debar......



Selamat dah semuanya. Ana sekarang sah jadi isteri seseorang.







Menunggu nak bergambar dengan pengantin. Lama kot. 


Sementara tunggu pengantin, kitorang bergmbar sesama dulu !





Roomates <3 plus dengan fiza yang terperangkap dalam skype. :)



Penat menunggu untuk bergambar dengan pengantin lagi. haha. 



Akhirnya ! ini baru sebahagian classmates. ada yang dah balik, ada yang datang lambat sikit. sedih je tak cukup semua. 








Untuk Ana dengan husband, Selamat Pengantin Baru ! Mestilah gembira kalau kite ada "bestfriend" yang memang sumpah sehidup semati. Someone finally worth our emotions as whole, bukan separuh2. Nak marah, menangis, sedih, gembira, our partner deserve everything! Every drop of sacrifice. Every changes we made in us, it worth it. Because we know we want to be together till the end of time. (Dengan izin Allah, ape2 pun jangan lupa doa ok sebab semuanya dari Allah)

Satu hal lagi, result dah keluar time ni, dan aku tak tengok lagi. tak nak rosakkan mood excited aku. macam sebelum sebelum ini dan selalunya, harapan nak dapat keputusan cemerlang tu memang dah ditanam sejak dari zaman kanak kanak hingga ke hari tua. insya Allah everything is going to be fine. Alhamdulilah :) Pointer tak jatuh. 

Bye- bye ! :D

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

09 May, 2013

ini aku mahu bercakap, dengar

Assalamualaikum.

Buat semester yang kedua, ini adalah penutup.
Tutuplah kau dengan cemerlang, gemilang, terbilangnya.
Tolong, jangan rosak harapan yang aku cipta.

Tiada apa untuk ditawar, cuma satu.
Huh ! Rasa segan mahu cerita disini. 

Bahkan orang di pasar malam pun terjerit-jerit nak melariskan jualan.
Aku pun nak jerit-jerit, berteriak untuk tujuan yang sama. 
Tapi aku guna silent promotion. Cool kan. ? -.-

By the way, this is....

Customized Watch !

Design jam ini adalah limited. Hanya ada satu je. Takda duplicate duplicate.


Code : Tribal 001
Price : RM45
Size : Big


Code : Tribal 002
Price : RM45
Size : Big


Code : Moustache 003
Price : RM45
Size : Big


Code : Moustache 004
Price : RM45
Size : Big



Code : Tribal 005
Price : RM45
Size : Big


Code : Tribal 006
Price : RM45
Size : Big


Code : Tribal 007
Price : RM45
Size : Big



Code : Tribal 008
Price : RM45
Size : Big


Code : Tibal 009
Price : RM45
Size : Big


Code : Tribal 0010
Price : RM45
Size : Small

Cantik kan ?? Kalau nak pre-order pun boleh. In case la nak guna design sendiri. Semua jam kat atas tu, aku pilih sendiri designnya. Just bagitahu kat message fb. 

Nest steps ! Macam mana nak order, ok
Message kat link fb ni. >>>> Neesa Rashid

Lepas dah buat payment & order, there's no turning back. So please be a good

customer because I'm a good businesswoman. Ceewaahh. :)

Thank you for your time! Spread the word if you don't mind! 

Have a nice day! May Allah bless all of you. 



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

28 April, 2013

Health : Importance Of Breakfast

Assalamualaikum :)

 How do we keep our brain energized and functioning at the highest potential ? Breakfast ! Yess, breakfast !

Ok, bercakap tentang sarapan pagi. Sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak. Sebab otak kita constantly developing, in our sleep it processes our memories and creates paths to 
information. Itu fakta !


First of all there is a reason it is called breakfast. After sleeping and our brain complete proper maintenance, so weneed to breakfast. We do not eat while we are sleeping. Maksudnya we are fasting ! break that fast and reenergize our brain. Refill the nutrients it did not receive while we were sleeping. You will be more efficient in everything you do therefore getting you further ahead in your day to day routine. If you are skipping breakfast to skip the calories you are doing yourself an injustice ! And selalunya those who choose to skip breakfast usually snack on higher calories to ward off the hunger feeling. They also tend to eat more calories at lunch and dinner. Ini sangat tidak bagus bagi orang yang nak turunkan berat badan. 


Aku ada terbaca Dr Barakatun cakap, 
Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun,makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan, vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.

"Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi.

"Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayursayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan," katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak kecil yang mungkin belum arif mengenai kebaikannya.

Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1,200-1,600 kalsium/ harian (kcal/hari) manakala kanakkanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makan banyak pada satu-satu masa.

Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga la makan kan ? Bukannya hanya memerhati dan mengarah makan cepat dari dalam bilik. Sarapan pagi bersama anak-anak juga dapat beri manfaat pada para ibu untuk menggeratkan lagi bonding antara ibu dan anak, boleh tahu apa yang mereka suka, apa yang meraka tak suka untuk breakfast. :)

KEEP CALM AND EAT BREAKFAST !







p/s : tiba tiba aku rasa font blog aku kecik, so sekarang aku guna font besar sikit. 


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

27 April, 2013

Abang II kita dah kahwin.

Assalamualaikum :)

Flashback lagi....
on 22, 23, 24 March 2013
Lama lama nanti blog aku jadi blog flashback jee. :/
Faktor wifi, faktor dalaman ( malas teruk sangat ), faktor masa menyebabkan aku suka mengflashback peristiwa yang berlaku. 
Ok la, bulan Mac yang lalu, abang kedua aku kahwin.
Aku tak dapat nak tolong sangat sebab sampai rumah pun malam khamis tu. Tapi takpe kat rumah dah ramai orang boleh tolong mak abah. 


Macam kenduri rewang jee, padahal guna catering. Biasalah kalau dah ramai-ramai, kan best kalau masak sama-sama. Adik beradik sendiri jugak nak makan. :)
Riuh rendah rumah. BESTTTTT !!


 Family belah mak, family belah abah semua ada.


Tudiaaaaaa ! Bakal pengantin berkerja keras bersihkan garaj kereta.



Dah masak, makan pulak.  Concept buffet. Makan la kat mana-mana pun. Tak kisah. 


 Memang penat asyik makan jee. Tak berhenti para-para ibu memasak kat dapur, jawabnya tak berhenti la makan. Sampai tak larat. Alhamdullilah, takda pun yang tak habis. Semuanya habis ! :D




 Next day, Sabtu tengah hari. Ada buat tahlil sikit. Abah panggil orang-orang masjid je. 


Kali ni punya tahlil tak pakai catering. Mak kata boleh masak sendiri. And yess! , memang semua masak sendiri



Baju hitam (abg ketiga) tu la yang akan check semuanya berjalan dengan lancar. Mana yang perlu ditambah, mana nak arrange lauk lauk ni. 



Mak lang & Mak teh.  Datang dari jauh tuuuu.


Lepas tahlil, malam tu abah nak buat makan-makan sikit untuk adik beradik. Kira macam family gathering la. Petang tu kambing golek sampai. Semua orang pun sibuk siapkan makanan.


Adik beradik abah. 6 orang semuanya, seorang lagi dah meninggal. 



Makan lagiiiii...



Next day. Ahad. Pagi akad nikah. Tengah hari tu jugak majlisnya. Hari yang sama. 
Abang muaz dengan kak shila buat kenduri sekali je. Ok la kan. Jimat pun jimat.


Mak, mak chak, aku. :)




Introducing my second sister in- law !! Kak shila.


Tergetaq-getaq abg muaz. haha. Obvious gila tangan dia menggigil. Selamat sudah. :)

Rasulullah (s.a.w) telah bersabda, sesuai dengan hadits dari Abdullah bin Masud :
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ! مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ, فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ, وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ, وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ; فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
“Wahai para Pemuda, barangsiapa di antara kalian telah mampu menikah,  menikahlah.  Karena sesungguhnya dengan menikah dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, karena sesungguhnya puasa dapat menjadi benteng baginya.”



The veterans.



Simple :)


Singaporian :) Family belah abah.



Candy buffet by kak afaf. (first sis in law) Comel kan ?? hehe


Pengantin sudah sampai ~~



Happy gila abah jumpa kawan baik dia. :D


Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar. :) Walaupun mendung sikit tapi tak hujan. Mak siap suruh kiteorang semua baca doa supaya cuaca elok. :)



Syikin and liya in the house ! Thanks datang korang. <3
Lama tak jumpa diorang ni. 


Nanti kita jumpa lagi ok ! :D



One big family ! :D 
Members bertambah. 12 orang ! 
Selamat datang kak shila ke family kitaorang. :)

Habis sudah cerita abang aku kahwin. Maaf korang kena scroll down banyak. Aku malas nak combine 3 gambar jadi satu. haha. 
bye- bye !

Assalamualaikum :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^