24 November, 2011

Pagi yang mengejutkan.

Assalamualaikum :)

Nie cerita pasal pagi tadi.Lebih kurang pukul 8.00 a.m. Cewahh...macam reporter pulak kau nie,hehehe.Cerita yer macam nie,pagi tadi tidur aku diganggu dengan bunyi alarm phone.Ok,aku matikan dan teruskan aktiviti tidur aku. Sekali lagi tidur aku diganggu,tapi bukan dengan alarm phone tapi diganggu dengan jeritan adik aku. Haishhh....susah betul la aku nak tidur. Punyer la kuat adik aku jerit. Tidak dinafikan aku terus terduduk bila dengar jeritan adik aku tu. -.-

Selepas dengar jeritan adik aku,then aku baring balik dan teruskan aktiviti tidur aku. And for the third time tidur aku diganggu lagi,tapi kali ini dengan jeritan abah aku pulak.Kenape pagi lagi semua orang nak jerit..?? -.-'  Pastu aku ignore jer jeritan abah aku tu dan terus tidur balik. Belum sempat aku nak tutup mata,aku dengar abang sulung aku keluar dari bilik die..Ade bunyi bising-bising kat dapur. Aku dengar pulak abang aku yang kedua keluar dari bilik die,tanyer kenape. Meaning that,diorang pun dengar jeritan adik and abah aku. Riuh-rendah aku dengar.

Takkan aku nak terus tidur kot. So aku pun keluar la bilik,tengok ape yang berlaku. Bile aku tanyer kenape semua tak jawab. Diorang terus keluar pergi belakang rumah. Aku pun ikut la..Diorang menuju ke rumah mewah ayam,ehhhh...ayam mati pun semua nak pergi tengok ke ?? Rupanya bukan ayam mati tapi ada


ULAR SAWA !!


Dalam reban ayam ade ular taw.Besar !! Ok,kiteorang satu family memang jakun pun,sebab tak pernah tengok ular sawa depan mate..(macam tak pergi zoo jer) HAHA !! Adik aku yang jumpe time die nak bagi ayam makan. Die kata ular tu sebelah die jer,boleh die tak perasan mula-mula tu..Tu yang dia menjerit macam nampak hantu jer tu.. Abah pulak jerit xtaw kenape,hehe. Siap telepon bomba lagi.Nak tangkap ular tu. Kalau tokwan nampak nie,mesti dia terus tembak dengan senapang die. Hebat la tokwan !! ^_^

Nampak tak ular..tuu la,nampak tak..^^



Ular ni mengganas kot.

Akhirnya, dapat pun tangkap.:D

Bomba tu kata dua ekor ayam dah die telan,tak pun lebih dari tu.




Besar kan ular tu..Adik aku sampai sekarang dia trauma.Sapa yang tak trauma kan..Nasib baik aku jarang nak jejak kaki kat belakang rumah tu.

Ni la budak trauma tu,sakit tekak die jerit..haha.sibuk nak interframe muka kt sini..


Itu la al-kisahnya la,pagi yang mengejutkan. Haha.. Tak best mane pun.

Ok,la bye-bye.:)




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

No comments :

Post a Comment