17 November, 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Assalamualaikum :)

Entry nie just nak share dengan korang..:)

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil

ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena

ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA

 selagi ia masih hidup.


Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... 

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali

 kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu

 dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan

janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia

 retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika

 kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu 

mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia

 manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk 

menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu 

MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan.

 Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin 

mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan

 menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa 

KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, 

cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu

 akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan 

MENYESAL....


Kesempurnaan itu hanya milik Allah yg Maha Esa!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

No comments :

Post a Comment