Assalamualaikum. :)
Kita share something sikit la hari ni ye. Ini pun dapat dari pembacaan yang aku baca. :) So... Aku rasa sebelum nak bermulanya Ramadhan, kita kena la baca sikit pasal fadilat ramadhan. Memang kita dah sedia tahu kelebihan-kelebihannya,tapi apa salahnya baca dan baca lagi. Selagi tak dapat amal,selagi tu la kena baca. Faham. Supaya bila kita baca kelebihan-kelebihan amal, kita akan rasa satu perasaan yang lain.perasaan semangat nak buat ibadat tu. perasaan excited !
Ok,jom la aku share a few hadith,so that korang pun dapat keghairahan nak beramal time puasa nanti.
" Sayyidina Salman berkata bahawa Rasulullah telah bersabda kepada kami pada hari terkahir bulan Sya'ban,"Wahai manusia! telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang pada bulan itu terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah (s.w.t) telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah( s.w.t) pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain. "
" Sayyidina Abu Sa'id Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w) telah bersabda, " Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai hamba-hamba yang dibebaskan (dari api neraka) pada setiap siang dan malam ( bulan Ramadan). Dan bagi setiap orang Islam ada doa yang dimakbulkan pada setiap siang dan malam (Ramadan) " Hadis riwayat Bazzar
" Sayyidina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, " Sesiapa yang tidak berpuasa sehari daripada bulan Ramadan tanpa keuzuran atau sakit maka dia tidak akan dapat mengqadakan puasa itu walaupun dia berpuasa seumur hidup, meskipun dia berkemampuan untuk melakukan sedemikian. " hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu daud, Ibnu Majah, dan lain2.
Ok, rasanya cukup la ni. Lastly, doa la banyak supaya kita ni diberi sedikit kekuatan oleh Allah untuk beribadat pada bulan puasa nanti. :)Untuk diri aku jugak. Memang aku mengaku takut nak puasa,sebab takut tak larat. Kalau aku tak larat, confirm semua benda tak boleh buat.
ok, bye-bye ! :D Selamat Berpuasa. !