01 September, 2013

Untitled

Aku harap.
Allah jaga kau.
Allah lindungi kau.
Allah beri yang lebih baik pada kau.
Tak sebar
Tapi Dia lebih tahu apa dalam hati aku.

Diam.
Bukan ertinya tak peduli.
Adakalanya lebih baik di diamkan.
Luah dengan Rabb.
Biar rasanya lebih.
Kerana Dia pemegang hati.

Setiap satu nasihat kau.
Jujur.
Aku rindu.
Dan aku pendam
Tidak ditunjuk.
Sebab ego aku tinggi.
Barangkali.

Perasaan.
Itu anugerah Rabb.
Mana kan boleh dibuang.
Serah pada Rabb.
Kelak tidak terlalu sakit andai dirimu pergi.

Allah jauhkan kita.
Kerana Dia jaga kita.

Jangan pernah lupa.
Selagi berpijak di Bumi yang sama.
Aku.
Masih akan kenang dirimu.
Dalam doaku.

Moga aku dapat menjaga hati.
Biar tidak lagi sakit.
Dengan kisah yang sama.
Berulang kali.

Duhai dirimu.
Jangan mudah marah.
Paku sikit sabar dalam hati.

Rabb.
Andai satu ketika ada yang lari.
Tidak mahu berteman denganku.
Aku harap.
Kau masih setia.
Dengan ku
Meski aku sering kali lupakanmu.

Agak-agak.
Kalau aku dah takda.
Kau masih ingat aku.?
Masih doakan aku.?

Moga Allah redha.
Maaf semuanya.
Ku pinta kemaafan.
Kesemuanya.
Halalkan dan maafkan semuanya.

Assalamualaikum :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

No comments :

Post a Comment