11 August, 2012

Selamat Berpuasa untuk hari yang ke 22 mungkin. Aku tidak menghitung.

Assalamualaikum.. :)

Lama rasa yer tak update blog,memang aku saje tak update. haha,Cuti yang membosankan,so tak ada ape lah yang nak diceritakan. Cuti pun nak dekat habis. Sobs sobs :(

11082012 - RAMADHAN KEDUA PULUH DUA
7 hari lagi !

Dekat dah nak raya wehh !
Dalam pada itu,aku nak cakap tahun nie aku dengan family hanya beraya kat Sg.Boluh jer. Nak merasa raya kat sini. First time ok. Tapi tak tahu la kalau-kalau abah ubah fikiran nak raya kat kampung pulak. hihi.

Dalam pada itu jugak aku nak cakap yang baju raya aku hampir siap. Hampir tu..kang betul-betul mak tak sempat siapkan. Ishhh,jangan,menangis pagi raya nanti. :D Baju raya aku tak ada 'woww' factor pun. Biase-biase aje. Seperti raya-raya before nie. hewhewhew.

.............................................................................................................

Dah alang-alang update blog nie,aku cerita la sikit pasal taska tempat aku kerja tu. Kerja sekejap jer pun. Seminggu lepas raya aku dah nak berhenti. Sedih pulak rasa,tak dapat nak jumpa budak-badak kat sana nak,terutama baby. >.< 

Kat sana tiga bahagian budak,boboy,gegirl and baby. Aku kat tempat baby. Jaga baby memang penat giler jika dibandingkan nak jaga boboy or gegirl. Serius aku cakap. Faham-faham jela,semua baby bukan sama,macam ragam ade. Ade sorang baby tu,dari pagi sampai petang,nangis jer kerja dia. haha. Sampai tak larat dah nak jaga.

Aku nie first day kerja,aku zero pasal nak jaga baby,nak mandi kan la,nak dukung baby,nak tido kan. Rasa kekok giler. HAHA. Tapi sekarang aku dah pandai buat semua tu. Boleh kahwin dah nie. hehe. Aku pandai mandi kan baby,sampai aku pun basah sekali,main-main air dengan baby,seronokkk yer. ! Kalau nak tido tu,tido sekali,siap peluk-peluk lagi. hehe. Lagi-lagi kalau baby gemuk.

Kebanyakan baby kat situ nak doktor and nurse sebab taska tu kat dalan quarters hospital Sg.Boluh. Memang comel-comel belaka lah. Geramm aku tengok. Rasa nak gigit-gigit jer. T__T

Nak tunjuk gambar baby-baby tu,tapi bluebooth buat hal. -.-
Lain kali la yer..hehe

Untuk awak...


Bye-bye ! :)

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

18 July, 2012

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak.

Assalamualaikum .
Bismillah...Hi ! 

2 more days. Oh Ramadan. Its  been a year. I miss spending time with you. May Allah unite us again. Ameen.

Dapat massage dari junior kat UIA. Tak sangka ingat lagi dia kat aku. hihi.
So,aku nak share la isi mesej tuh..

Persiapkan diri menghadapi Ramadhan, zikir dan tasbih diperkukuhkan. amal malam diperkuatkan, zikir dan munajat diperkemaskan menjadikan diri wadah ibadah suci.

Doa Jibril menjelang Ramadhan yang mafhumnya. " Ya Allah, kau abaikanlah puasa umat Muhammad s.a.w yang apabila sebelum memasuki Ramadhan tidak melakukan perkara berikut, meminta ampun kepada ibubapa, bermaafan sesama suami isteri dan bermaafan  dengan orang sekitarnya."

Lantas Nabi Muhammad s.a.w mengaminkannya sebanyak 3x...
MasyaAllah..

Itulah mesej yer. Baca dan amal,ok ? :D

Saya ingin memohon kemaafan atas segala khilaf dan keterlanjuran.
Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan anugerah Ramadhan.

Rasullulah s.a.w pernah bersabda, " Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahan adalah keampunan ( maghfirah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka ".

Moga-moga dapat bertemu dengan lailatul qadar di bulan Ramadhan ini dan yang akan datang.. 
InsyaAllah. :)

Selamat Menjalani Ibadah Puasa yer. 
Bye-bye ! :D


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^