16 April, 2013

Mengapa Wanita Lebih Afdhol Solat Di Rumah dan Bukan di Masjid?

Assalamualaikum :)


Nak share something je hari ni. hehe

Pada zaman Nabi SAW, baginda izinkan orang perempuan solat di masjid dan baginda pun ada pesan, "Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu ke masjid." Pada zaman tu, tidak timbul masalah fitnah kerana Nabi SAW ada bersama-sama mereka.

Namun begitu, setelah Nabi SAW wafat, orang wanita yang datang ke masjid semakin ramai. Maka, timbullah fitnah disebabkan suara mereka, perhiasan yang mereka pakai dan seumpamanya.

Para Sahabat menyedari bahawa wanita-wanita mereka sudah menimbulkan fitnah tetapi mereka tidak berani melarang disebabkan adanya sabdaan Rasulullah SAW, "Janganlah kamu larang wanita-wanita kamu ke masjid."

Isteri Sayidina Umar r.a. iaitu Atikah r.a. juga diberitahu bahawa Sayidina Umar tidak suka dia datang ke masjid kerana banyak fitnah yang berlaku. Tapi, Atikah r.a. menjawab, "Jika dia tidak suka, hendaklah dia sendiri melarang aku."

Kemudian, berlalulah suatu masa, Atikah r.a. berpisah dengan suaminya (mungkin cerai mati atau cerai hidup) dan beliau berkahwin pula dengan Zubair al-Awwam r.a.

Zubair r.a. juga berfikir untuk melarang isterinya pergi ke masjid tetapi beliau tidak berani melarang. Pada suatu malam, ketika Atikah r.a. dalam perjalanan ke masjid, beliau telah diusik oleh seseorang tanpa dia tahu siapakah orang itu. (Sebenarnya orang yang mengusik itu ialah suaminya sendiri)

Sesampainya di rumah, Atikah r.a. memberitahu suaminya, "Zaman telah berubah." Maksudnya, zaman sekarang sudah tidak aman macam dulu. Lebih baik bagi wanita bersolat di rumah sahaja.

Sejak detik itu, isteri-isteri Sahabat tidak lagi bersolat di masjid dan mereka bersolat di rumah. Dalam sebuah riwayat, Sayidatina Aisyah berkata, "Seandainya Nabi SAW hidup di zaman kita, nescaya baginda akan melarang kita pergi ke masjid."

Bayangkan, itu zaman Sahabat. Sudah ada fitnah. Adakah kita rasa zaman kita zaman yang selamat daripada FITNAH?

Para wanita jangan bimbang mengenai pahala solat berjemaah kerana ada ulama mengatakan bahawa,tempat yang paling afdol bagi wanita bersolat ialah dalam bilik tidurnya. Jika dia menggalakkan suaminya pergi ke masjid, dia juga akan dapat pahala solat jemaah suaminya.

Jangan dok gedik minta suami jadi imam solat fardu di rumah. Suami solat jemaahnya di masjid. Ok. :)




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

08 April, 2013

Birthdate

Assalamualaikum :)

Ok. Flashback...............
on 4/4/2013

Nothing pun sebenarnya, I just going to share about my birthday sebab to be honest, I feel so much blessed until now pun. Senyum sorang-sorang 7 hari, 7 malam kot. Macam celcom bagi free call. kihkih.  Mana taknya, selama 20 tahun, ini first time aku sambut birthday, ada cake lagi ! :D 

Bukan bermaksud birthday tahun-tahun sebelumnya tak best ok. All the wishes and pray were all made my day. Really... ;D

Mulanya khamis tu kitorang satu class, memang ada iftar. Macam iftar- iftar before ni jugak.
Ada tazkirah, buka puasa, solat Maghrib, solat hajat, lepas tu baru makan.



Kak ainul yang bagi tazkirah hari tu. Bercakap tentang surah Al-Falaq dengan An-Nas.



Makan time ! :D 


Before makan tu, naim kecik (classmate) bagi la kek marble. seperti dalam gambar tu ya. Yang itu pun aku dah cukup happy giler. Tak tahu pulak ada cake lain. Seriously, terharu.
Diorang semua siap nyanyikan lagu lagi. :( sobs sobs.  Aku rasa weird sangat time tu. 
Tiba-tiba je cake Hello Kitty datang. Aku terus nangis bila nampak cake masuk, tak perasan pun itu adalah cake hello kitty. Allah saja yang dapat balas jasa korang semua.


Tudiaaaaaaaaaa ! Comel sangat ! :D
Impian aku selama ni~~ Tak tahu la kenapa, dalam kepala otak aku cake hello kitty itu macam susah sangat nak dapat, sampai boleh masuk dalam checklist impian aku.  
Ini bukan cake google ok, ini cake betul ! Sayangnya nak makan.



Konfius nak potong ke tak. Omeyyyyy sangat !! 



Aku tak tahu langsung sapa punya rancangan semua ni, sapa yang berkomplot. Semua tak cerita, semua cakap tak tahu. Xpeeee, biarlah rahsia. :D


Le roomate . :) thanks awak awak semua. Sayang korang ! 



:)


Le' brothers. :) 


Dari kanan : Timah, Yati, Syazana and Iraaaaa !



Sayang yeeee, dah kena potong.



Malam tu jugak lepas iftar, kawan dari Kedah cakap dia dah on the way nak pergi Kuantan. 
Huwaaaaa !! Excited giler. Lama tak jumpa kot. Seriously, terharu buat kali ke berapa ntah. 
Thanks awak sudi datang jauh- jauh. So weekend tu memang sibuk ,sebab asyik keluar dengan dia. hehe. Thanks bawak saya jalan-jalan walaupun ada sesat. haha. :D


Dari roomates ku. ;) Yang rak buku tu, tak tahu sapa yang kasi. Still dalam siasatan. hehe, macam nak selesaikan case misteri pulak. Mana tak ya, jumaat malam balik jer dari outing dengan kawan terus ada rak tu, terkejut denn. Apa apa pun, thanks ! :D


Tempat biasa kitorang, Johny's Restaurant. :)



Hadiah dari kawan yang kat Kedah. Suka sangat ! :D  Jubeii dah ada kawan lahhh ! So, aku bagi nama dia
Herro Kitty !!

Thank you so much every for the wish. I feel so blessed, ALHAMDULILLAH ;).   I should be grateful with my life for having nice people around. Thankyou for all the wishes and the do'a. May Allah make your life happier just like how you guys made me so happy on my birthday. InshaAllah :)

Tak boleh lupa hari tu, birthday yang paling awesomeeeee !


Anyway, Alhamdulillah, I am officially 21. But the older i get, i need to grow up and think wiser. Learn more, fix myself into a much better person. Lagi tua, lagi dekat dengan kematian sebenarnya. Tak sangka dah besar. Buat something supaya kita tak menyesal kelak bila dalam alam kubur.  Moga Allah matikan kita dalam keimanan & ketaqwaan inshaAllah. Aminnn :)
Aminn semua..Hihi

Everyone, everyone yang made effort to wish and everything. May Allah showers all of you with much love and blessing. You guys made my day.

Thanks sangat,sangat,sangat,sangat, Ya Allah. :)



                                                                                                                                   

                                                                                                                             Sincerely,
                                                                                                                           Aneesah Abdul Rashid



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^