27 February, 2012

I change for the sake of Allah

Assalamualaikum :)

Tiba-tiba rasa rindu nak update blog,padahal tak benda pun nak cite. Okay,meh la aku nak cite sikit pasal ape yang aku fikirkan sejak kebelakangan nie. Seriously, weekend yang lepas aku asyik pikir benda nie jer. That is PERUBAHAN. Itu yang aku fikirkan dan yang tengah aku fikirkan.
Nak berubah ! Itu yang pastinya, tapi berubah ke arah baik atau sebaliknya. Of course la nak berubah ke arah yang lebih baik kan. 

Kadang-kadang aku rasakan istilah baik sangat subjektif, Semua orang akan anggap diri dia baik,walaupun tak nak mengaku kat bibir . Tapi berubah baik maksud aku dari segi pakaian. Aku tahu cara pemakaian aku tak berapa selaras dengan apa yang aku buat sekarang. 

Belajar dalam universiti yang berunsurkan islamic. of course la aku nampak banyak perubahan terutama dikalangan perempuan. Alahai, dalam hati teringin nak jadi macam diorang, bukan hipokrit ke ape,tapi bagi aku yang suka akan fashion, it would be too out dated I guess. Boleh jer nak berfashion dan masih menutup aurat sebaiknya. Kan ??  bila caranya betul, kan?? :)

Ada banyak butik-butik yang jual baju muslimah yang more up to date buat the style tu kadang-kadang macam orang tua punya style. To me lah. Ada yang just nice tapi harga tak berbaloi. Jangan nak membazir sangat la kan. Haishhh,banyak betoi alasannya, Itu semua pandangan aku jer. Ade jugak butik online yang jual baju muslimah yang fashionable, tu aku suka.

So, aku fikir sekarang nak beli tshirt and blouse yang more fashionable, yang besar-besar and loose, more maxi dress, and khakis maybe. Pakai something yang tak menampakkan bentuk badan. Kalau nak pakai jeans pun make sure shirt or blouse tu labuh paras lutut. Woww,feminin abis. hihi.

Susah tul nak cari gambar yang betul-betul pakai hijab
tutup dada. =.='

Yess, honestly tak banyak ilmu agama yang aku tahu. Walaupun parents aku,ramai yang kata alim, tapi kite tak boleh expect anak dia pun akan alim. Abah selalu cakap " tahap iman seseorang berbeza. Macam tu jugak abah,abah tak boleh expect semua anak abah alim-alim belaka" * rindu abah :(  I just wanna change !! Tu yang penting. Bukan apa, kita tak tahu bila kita mati, lagipun aku dah besar and I just wanna be prepared to be a good wife. Aku tak nak suami aku tanggung banyak dosa.Yeahh, seriously, aku kena jaga some certain things. " Jagalah segala sesuatu untuk suamimu ".

Aku tak nak terlalu peragakan apa yang Allah kurniakan kepada aku, it won't be nice for girls I guess. Hello, kecantikan yang Allah beri bukanlah untuk dipertontonkan untuk semua orang yang mampu mengundang fitnah dan cukup la sekadar bersederhana. Hanya nak berkongsi,bukan nak perasan ke ape ok. :D

Apa yang penting sekali niat, I change for the sake of Allah, Bukan sebab awak, bukan sebab mak or abah. Niat kena betul. And aku dah besar,so kena lah ada satu pendirian yang tetap. Itu sangat perlu. Sangat-sangat.

Ok la,habis sudah cerita aku. hihi. Bye-bye !!
:D




Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

3 comments :