04 January, 2012

Orang yang mencintai kamu.......

Assalamualaikum :)

First post dalam tahun 2012. :) hehe. Post kali ni aku copy kat blog azhana, Thank you,sista. :D

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri 
kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu
 secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut
 merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia
 mencintai kamu . jummm kita layannnnnn ;)

Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia 

mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! 

Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya 

kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah

 bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui 

sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat

 hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak 

membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,

 menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung

 ayat selain kata cinta itu.


Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu

 adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau 

mengirim SMS.


Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui

 bersama 

kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat

 itu ialah

 sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat 

bersamamu

 itu tidak boleh berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, 

bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. 

Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh 

harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, 

tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, 

bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu

 - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi 

akhirnya dia berjaya.


Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, 

dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - 

kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu 

berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk 

memberi semangat kepada kamu.


Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin

 buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon 

dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa 

sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin 

menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan

 nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh

 buruk kepada kamu dan jauh.


Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat 

dihati?'


Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang

 kekasih.


Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti 

menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam

 dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal

 yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu

 membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan

 sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu

 gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan

 permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian 

besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim

 berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu

 di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia

 akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu

 membunuh hatinya.


Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada 

menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa

 menunggu kamu.


Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan

 alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu 

terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan

 kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Ok,bye-bye :)


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Neesa ! Like Kalau Suka ! ^_^

No comments :

Post a Comment